15 PENDUDUK KAMPUNG DIJANGKITI COVID-19 SELEPAS BUKA KERANDA

LUAR NEGARA – 15 PENDUDUK KAMPUNG DIJANGKITI COVID-19 SELEPAS BUKA KERANDA

SIDOARJO: Seramai 15 penduduk di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo di Indonesia disahkan dijangkiti pandemik koronavirus (COVID-19) selepas membuka keranda mayat pesakit COVID-19 di sini.

Menurut laporan Detik News, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa melahirkan rasa kecewa terhadap kejadian yang berlaku itu.

“Kejadian ini mengakibatkan beberapa penduduk di sebuah mukim di Waru mati akibat COVID-19.

Baca Lanjut

COVID-19: PENYELIDIK ITALI DAKWA BERJAYA HASILKAN VAKSIN BENDUNG WABAK

Seorang jururawat menunjukkan kit ujian cepat antibodi untuk COVID-19 di hospital Tor Vergata Covid di Rome, semasa penahanan negara itu bertujuan untuk menghentikan penyebaran jangkitan COVID-19, yang disebabkan oleh novel coronavirus. – Foto AFP

COVID-19: PENYELIDIK ITALI DAKWA BERJAYA HASILKAN VAKSIN BENDUNG WABAK

ROME: Pasukan penyelidik Itali mendakwa berjaya mengembangkan vaksin yang dapat membantu membendung coronavirus yang menyebabkan jangkitan COVID-19.

Mengikut laporan Timesnownews.com, menyatakan bahawa vaksin baharu itu berkemungkinan akan berfungsi terhadap virus SARS-CoV-2 yang menular dengan cepat di seluruh dunia.

Ujian yang dilakukan pada tikus menunjukkan bahawa vaksin itu mempunyai antibodi yang berfungsi pada sel manusia, seterusnya menghalang virus daripada menjangkiti orang ramai.

Baca Lanjut

BUDAK 3 TAHUN MELECUR DISAMBAR API KETIKA PEGANG BOTOL ‘HANDSANITIZER

KISAH KEHIDUPAN – BUDAK 3 TAHUN MELECUR DISAMBAR API KETIKA PEGANG BOTOL ‘HANDSANITIZER

Kisah sedih ini dikongsikan oleh seorang Kiki Henky Gunawan di laman Facebooknya. Menurut Kiki, ketika kejadian ahli keluarga kanak-kanak ini dikatakan sedang membakar sampah di satu kawasan berdekatan dengan halaman rumah mereka.

Mangsa yang dikenali dengan nama Ganjar telah menghampiri kawasan pembakaran tersebut sambil di tangannya memegang botol hand sanitizer.

Namun nasib tidak menyebelahi anak kecil ini, api tiba-tiba marak dan menyambar pada bahagian wajah dan badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Baca Lanjut

JEMAAH ISLAM INDONESIA REMPUH PAGAR MASJID, BERKERAS MAHU TUNAIKAN SOLAT JUMAAT

LUAR NEGARA – JEMAAH ISLAM INDONESIA REMPUH PAGAR MASJID, BERKERAS MAHU TUNAIKAN SOLAT JUMAAT

Indonesia hari ini mencatatkan lebih 300 kematian di sana akibat penularan wabak COVID-19, manakala lebih 4,000 orang telah disahkan mengidap penyakit sama. Dr Musa Nordin, seorang pakar perubatan di Hospital KPJ melihat Indonesia sebagai ‘bom masa’ bagi kes wabak COVID-19 yang bakal meletup bila-bila masa.

Terbaharu, tular di media sosial satu kejadian rempuhan pagar masjid yang terjadi di negara jiran apabila ada sekelompok penduduk kampung yang berkeras mahu menunaikan solat Jumaat.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, @El_AhmadRipani menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku di Masjid Al-Karomah Martapura di Kabupaten, Banjar Kalimantan Selatan pada 10 April, Jumaat lalu.

Baca Lanjut