SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK

PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK.

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Buddha, Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd. ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak!

Didoakan agar sambutan penuh dengan keceriaan dan kebahagian. Kepelbagaian yang wujud ini adalah kekuatan kita.

Malaysia Baharu adalah mengenai kita bersama dan ayuh kita menolak semua bentuk ekstremis agama dan perkauman yang menganggu gugat nikmat keamanan bersama.

Insyallah..

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


KUNJUNGAN KOPUBI PERAK BHD HORMAT KE SADC PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG PALING AKTIF DI BANDARAYA IPOH KINI DALAM USAHA MEMBANGUNKAN KOPERASI MELALUI PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.

Terkini pada 2hb Mei 2019 yang lalu, Ahli Lembaga koperasi yang diketuai oleh Tuan pengerusi En. Sharul Baha dan En Mohd Fhami telah mengadakan kunjungan hormat ke SADC Perak untuk bertemu dengan CEO Tuan Haji Yahanis dan Pengerusi Anak Syarikat SADC Perak Tuan Saiful Adli.

Baca Lanjut

PERSIDANGAN ANGKASA NEGERI PERAK 2019

BUAT JULUNG KALINYA, KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD TELAH MENGHANTAR PERWAKILAN UNTUK MENYERTAI PERSIDANGAN ANGKASA PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

Pada 23hb April 2019 yang lalu, telah berlangsung Persidangan Angkasa Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke persidangan ini adalah Tuan Pengerusi En Sharul Baha Bin Abd Rahman.

Baca Lanjut