PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG PALING AKTIF DI BANDARAYA IPOH KINI DALAM USAHA MEMBANGUNKAN KOPERASI MELALUI PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.

Terkini pada 2hb Mei 2019 yang lalu, Ahli Lembaga koperasi yang diketuai oleh Tuan pengerusi En. Sharul Baha dan En Mohd Fhami telah mengadakan kunjungan hormat ke SADC Perak untuk bertemu dengan CEO Tuan Haji Yahanis dan Pengerusi Anak Syarikat SADC Perak Tuan Saiful Adli.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk mempekenalkan PUBI Perak dan Koperasi di bawah PUBI Perak iaitu Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd kepada pengurusan tertinggi SADC Perak.

Pada pertemuan ini pelbagai perbincangan telah dibuat termasuklah kerjasama strategik dan penerokaan kepada peluang-peluang baharu perniagaan serta pelaburan yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak.

Semoga pertemuan ini akan memperoleh impak dan manfaat yang besar terutamanya kepada Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd atau KOPUBI Perak Bhd.

Semoga dipermudahkan..

Insyallah



Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

Mohd Fhami Mohamed Nordin
Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd