COVID-19: 72 DARIPADA 94 KES BAHARU HARI INI ADALAH KES IMPORT PELAJAR DIBAWA PULANG DARI INDONESIA

COVID-19: 72 DARIPADA 94 KES BAHARU HARI INI ADALAH KES IMPORT PELAJAR DIBAWA PULANG DARI INDONESIA

Sebanyak 72 kes daripada 94 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang dilaporkan hari ini, telah dikenalpasti sebagai kes import daripada pelajar Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua pelajar seramai 72 orang itu membawa pulang kes tersebut dari Indonesia.

Manakala, jumlah selebihnya sebanyak 22 kes merupakan kes jangkitan tempatan.

Baca Lanjut

DOKTOR WARGA MALAYSIA MENINGGAL AKIBAT COVID-19 DI UK

TERKINI – DOKTOR WARGA MALAYSIA MENINGGAL AKIBAT COVID-19 DI UK

SEORANG doktor warga Malaysia yang bekerja di Hospital Kebajikan Wanita Birmingham, United Kingdom (UK), Dr R Vishna, dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, lapor BH Online.

Sesawang rasmi Yayasan Wanita dan Kanak-Kanak Birmingham hari ini, melaporkan mendiang yang lebih dikenali sebagai Vish, adalah seorang Pakar Perunding Neonatal di hospital berkenaan.

Ketua Eksekutif hospital terbabit, Sarah-Jane Marsh, menyifatkan Vish seorang doktor yang mempunyai kemahiran tinggi serta disayangi rakan sekerjanya.

Baca Lanjut

COVID-19: “TOLONG JAGA EMAK, ABAH” – PESANAN TERAKHIR JURURAWAT

Nadila Rahmat (kiri), 32, jururawat di wad ortopedik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HSPF) Muar, meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) , Kluang, bersama ibunya, Rodiah Mohd Don, 57, bergambar di hadapan rumah mereka di Muar. – Foto ihsan keluarga | Berita Harian

COVID-19: “TOLONG JAGA EMAK, ABAH” – PESANAN TERAKHIR JURURAWAT

MUAR: “Tolong jaga emak dan abah ya.” Itu pesanan terakhir seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, yang meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19, tengah malam tadi.

Nadila Rahmat, 32, jururawat di wad ortopedik HPSF itu meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Adiknya, Nabiha, 26, berkata pesanan terakhir kakak sulungnya itu disampaikan menerusi telefon sehari selepas dimasukkan ke ICU pada 7 April lalu.

Baca Lanjut

COVID-19: KEMATIAN DI UK KINI LEBIH 10,000 ORANG TERTINGGI DI EROPAH

COVID-19: KEMATIAN DI UK KINI LEBIH 10,000 ORANG TERTINGGI DI EROPAH

Ia datang selepas salah seorang penasihat saintifik kerajaan berkata Inggeris mungkin akan menjadi antara negara-negara Eropah yang paling teruk terjejas.

Setiausaha Kesihatan Matt Hancock berkata “hari ini menandakan hari yang sombre”, tetapi mengalu-alukan usaha yang dibuat oleh orang ramai untuk tinggal di rumah.

Jumlah kematian yang dilaporkan tidak termasuk kematian di luar hospital.

Baca Lanjut