COVID-19: PERAK DAN LIMA LAGI NEGERI CATAT PERTAMBAHAN KES BAHARU HARI INI

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

COVID-19: PERAK DAN LIMA LAGI NEGERI CATAT PERTAMBAHAN KES BAHARU HARI INI

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 setakat 19 Julai 2020, jam 12 tengah hari.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, terdapat enam negeri yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini.

Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu pada hari ini ialah Perak, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.

Baca Lanjut

COVID-19: KES TERBAHARU DI PERAK, 42 ORANG KONTAK RAPAT TELAH DI KESAN

COVID-19: KES TERBAHARU DI PERAK, 42 ORANG KONTAK RAPAT TELAH DI KESAN

Susulan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui sidang media yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan 1 kes baharu Covid-19 di Negeri Perak.

Laporan terperinci telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak sebentar tadi dan memaklumkan bahawa kes COVID-19 terbaru yang dilaporkan hari ini (30 Mei 2020) dikesan susulan daripada aktiviti Saringan Bersasar (Targetted Screening) COVID-19 bagi pelajar Tahfiz.

Seramai 42 orang kontak rapat kepada kes telah dikenalpasti. Seorang kontak rapat telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana bergejala manakala 41 orang kontak rapat yang lain telah diasingkan di Pusat Kuarantin. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Baca Lanjut