CARA MEMOHON BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2020

INFO: CARA MEMOHON BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2020

Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan dua bantuan kepada mahasiswa anak Negeri Perak iaitu Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan.

Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.

Selain itu, bantuan ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dalam membantu kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga yang terlibat.

Baca Lanjut

CARA MEMOHON TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

CARA MEMOHON TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasioanla (SSPN-i) di bawah PTPTN.

Sebagai anak Perak rugi sangat sekiranya kita tidak mengambil kesempatan ke atas inisiatif yang disediakan oleh Pihak Kerajaan Negeri kepada kita semua.

Inilah peluang yang sangat berguna dan perlu dimanfaatkan.

Baca Lanjut

MB PERAK ZAHIR PENGHARGAAN ATAS KEBERANIAN GURU SELAMATKAN EMPAT REMAJA HANYUT

TERKINI: MB PERAK ZAHIR PENGHARGAAN ATAS KEBERANIAN GURU SELAMATKAN EMPAT REMAJA HANYUT

Kerajaan Perak menzahirkan penghargaan kepada seorang guru yang mempertaruhkan nyawa menyelamatkan empat remaja perempuan yang hanyut setelah kereta mereka terhumban ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah pada Rabu lalu.

Video tindakan berani Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil yang juga seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama Rakyat Parit 25 Baroh, Tanjung Bayan, Hutan Melintang tular di media sosial selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri turut akan mempertimbangkan sumbangan khas kepada Muhammad Nor Imran atas keberaniannya itu.

Baca Lanjut

SENARAI PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

SENARAI PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Berikut adalah Kenyataan media YAB Menteri Besar Perak berkenaan Pengumuman Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak;

Baca Lanjut