EMPAT BANTUAN PRIHATIN NASIONAL SECARA ‘ONE-OFF’ YANG ANDA PERLU TAHU

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI – EMPAT BANTUAN PRIHATIN NASIONAL SECARA ‘ONE-OFF’ YANG ANDA PERLU TAHU

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua golongan rakyat di negara ini.

Paling mencuri tumpuan sudah pastinya pengumuman Bantuan Prihatin Nasional secara one-off kepada empat golongan termasuk mereka yang memegang status M40.

Kaedah pembayaran secara one off merujuk kepada peruntukan kewangan yang hanya diberikan sekali sahaja bagi sesuatu tujuan. Ia tidak berkala seperti bulanan, tahunan atau dwi tahunan.

Baca Lanjut

MAK CIK KIAH ‘TRENDING’ SELEPAS NAMA DISEBUT PM DALAM UCAPAN

TERKINI – MAK CIK KIAH ‘TRENDING’ SELEPAS NAMA DISEBUT PM DALAM UCAPAN

Rata-rata rakyat Malaysia pasti tersenyum lebar mendengar pengumuman daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi. Mana tidaknya, terdapat banyak bantuan yang diberikan kepada rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Terdapat beberapa insentif yang menarik perhatian dan membantu rakyat untuk semua golongan. Ini bermaksud, tiada satu pun rakyat Malaysia yang tertinggal atau tidak dibantu.

Baca Lanjut

(VIDEO) 133 RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN SELAMAT TIBA DI KLIA

Kredit foto: BERNAMA

(VIDEO) 133 RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN SELAMAT TIBA DI KLIA

SEPANG, 4 Feb – Pesawat khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China yang dilanda wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi ini.

Pesawat AirAsia yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada 5.57 pagi.

Seramai 107 orang dibawa pulang melalui penerbangan khas itu yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.

Baca Lanjut

AGONG PUJI LANGKAH KERAJAAN CEGAH KORONAVIRUS

TERKINI – AGONG PUJI LANGKAH KERAJAAN CEGAH KORONAVIRUS

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa kagum atas pendekatan segera yang diambil kerajaan dalam mengelakkan penularan wabak 2019 novel koronavirus di negara ini.

Titah baginda, kerajaan bagaimanapun perlu mengambil langkah pencegahan yang berterusan dan tidak sesekali berkompromi dalam isu yang melibatkan kesejahteraan rakyat dan negara.

Dalam membendung penularan virus itu, Seri Paduka Baginda juga mengingatkan rakyat agar berganding bahu dengan kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan.

“Dalam hal ini, beta meminta seluruh rakyat untuk mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan juga sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar.

Baca Lanjut