TERKINI – BAYI LELAKI ANTARA TIGA MAUT NAHAS DI SUNGAI BULOH
KUALA LUMPUR – Tiga orang termasuk seorang bayi lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Km 457.9 Lebuhraya Utara Selatan, Sierramas di Sungai Buloh dekat sini, hari ini. (31hb Jan 2020)
Dua lagi cedera dalam kejadian itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata, nahas melibatkan kereta jenis Proton Persona yang dipercayai melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan.
INFO – TRAGEDI KREN TUMBANG DI MEKAH, WARIS TELAH TERIMA RM1.17 JUTA
KUALA LUMPUR: Pembayaran wang pampasan bagi jemaah haji yang terkorban dan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Mekah pada 2015, membuktikan keprihatinan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, terhadap mangsa dan waris insiden berkenaan, kata duta negara itu ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.
Katanya, walaupun syarikat pembinaan, yang bertanggungjawab dalam menaik taraf Masjidil Haram ketika insiden itu didapati tidak bersalah dan tidak perlu membayar pampasan, Raja Salman prihatin dan memutuskan mengeluarkan peruntukan, sebagai bayaran pampasan kepada mangsa dan waris kejadian itu.
Mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada 11 Sept selepas selesai solat Asar itu, katanya Raja Salman bergegas melawat lokasi kejadian sejurus dimaklumkan tentang kejadian malang itu, dan mengarahkan supaya penyiasatan segera dilakukan bagi mempercepatkan urusan penyerahan pampasan kepada mereka yang terlibat.
“Raja Salman juga sentiasa memantau rapat perkembangan insiden itu dari awal sehingga selesai pemberian wang pampasan, kepada mangsa dan waris dari setiap negara yang terlibat.
“Arab Saudi sentiasa meletakkan perkhidmatan kepada agama Islam dan umatnya sebagai keutamaan, serta dua kota suci Makkah dan Madinah adalah syiar penting dalam pelaksanaan ibadah haji,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Bernama di Kedutaan Arab Saudi di sini, pada Selasa.
BERITA KEMALANGAN – “HARI INI SAYA TELAH KEHILANGAN ABANG AKIBAT KECUAIAN PEMANDU MABUK.” – ADIK
Sejak semalam, kisah penunggang motosikal yang maut kerana dilanggar oleh pemandu Ford Ranger telah tular hingga mendatangkan kemarahan kepada ramai orang.
Hal ini kerana menerusi kenyataan viral di media sosial, mangsa-mangsa kemalangan didakwa telah dilanggar oleh pemandu yang berada bawah pengaruh alkohol.
SEBELUM INI TELAH BERLAKU KEJADIAN DI MANA SEORANG PEMANDU GRAB HILANG DAN KEMUDIANNYA DIJUMPAI MATI, KINI DILAPORKAN PULA SATU LAGI KEJADIAN PEMANDU GRAB ‘HILANG’..
GOMBAK: Misteri kehilangan seorang pemandu Grab pada 21hb Jun 2018 yang lalu terjawab selepas ditemui mati akibat dijerut, di dalam kenderaannya berdekatan flat Selayang Baru 3 hari kemudian. Baca Lanjut →
Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 019-4527297.
All images are copyrighted to their respective owners.
KOMEN TERKINI