SEBELUM INI TELAH BERLAKU KEJADIAN DI MANA SEORANG PEMANDU GRAB HILANG DAN KEMUDIANNYA DIJUMPAI MATI, KINI DILAPORKAN PULA SATU LAGI KEJADIAN PEMANDU GRAB ‘HILANG’..

GOMBAK: Misteri kehilangan seorang pemandu Grab pada 21hb Jun 2018 yang lalu terjawab selepas ditemui mati akibat dijerut, di dalam kenderaannya berdekatan flat Selayang Baru 3 hari kemudian.

Mayat Aiman Nosri dijumpa di dalam kenderaannya dalam keadaan tertungkup di tempat letak kereta flat Selayang Baru.

Mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi hitam itu ditemui polis kira-kira jam 11 malam di tempat letak kereta flat berkenaan.

Pihak polis terpaksa memecahkan cermin kenderaan mangsa untuk memeriksa keadaannya. Pemeriksaan forensik kemudiannya menemui mayat mangsa di bahagian tempat duduk pemandu.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Aiman Nosri, 27 tahun, kali terakhir bertugas membawa penumpang pada Khamis (21hb Jun 2018) jam 9.34 malam dari Jalan Tun Tan Cheng Lock ke Selayang Baru.

Apabila mangsa tidak pulang, keluarganya segera membuat laporan polis. Sehingga kini, motif pembunuhan masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga kisah seorang bayi meninggal dunia ketika dilahirkan di Ipoh

HARI INI DILAPORKAN PULA SEORANG LAGI PEMANDU GRAB HILANG SEJAK 3 HARI YANG LALU.

JOHOR BAHRU: Polis sedang giat mengesan seorang pemandu Grab yang dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumahnya di Taman Kota Masai, dekat Pasir Gudang, sejak tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abdul Aziz berkata lelaki itu disedari hilang oleh isterinya selepas keluar dari rumah untuk bekerja, kira-kira 10 malam, Selasa lepas.

“Polis Daerah Seri Alam mengesahkan menerima laporan bersabit kejadian itu (kehilangan). Usaha mengesan lokasi terakhir telefon bimbit mangsa sedang dijalankan dan gambar mangsa juga telah diedarkan.

“Hingga kini, mangsa dan juga kenderaan Saga BLM warna kelabu bernombor pendaftaran JMQ 2214 yang dipandunya masih belum ditemui,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jokhiri berkata siasatan awal mendapati pemandu Grab itu keluar dari rumahnya sebelum menuju ke destinasi yang tidak diketahui dan buat masa ini tiada sebarang unsur jenayah disyaki berlaku.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan mangsa supaya tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, kehilangan pemandu Grab yang dikenali sebagai Ishak Shuadak itu mendapat perhatian orang ramai selepas tular dalam laman Facebook sejak semalam.

— BERNAMA

Misteri kehilangan seorang pemandu Grab terjawab selepas ditemui mati akibat dijerut di dalam kenderaannya berdekatan Flat Selayang baru pada 24hb Jun 2018 yang lalu.