KOMA SELEPAS BERSALIN, IBU BAYI KEMBAR MENINGGAL DUNIA

KISAH KEHIDUPAN – KOMA SELEPAS BERSALIN, IBU BAYI KEMBAR MENINGGAL DUNIA

Seorang wanita yang selamat bersalin anak kembar pada 31 Mac lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pagi tadi selepas 14 hari dalam keadaan koma.

Berita duka itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Nurul Asma Salsabila yang memuat naik gambar ketika pernikahan arwah Nasuha Shafie dan suaminya yang dikenali sebagai Mie.

Baca Lanjut

JOM KITA DOAKAN SATU FAMILY INI SEMBUH DARIPADA COVID-19

KISAH KEHIDUPAN – JOM KITA DOAKAN SATU FAMILY INI SEMBUH DARIPADA COVID-19

Pada 25hb Mac 2020 yang lalu, Hospital Teluk Intan telah diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan pembersihan susulan 37 orang petugas kesihatan di hospital itu positif koronavirus baharu (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada sidang media bahawa hospital tersebut ditutup buat sementara waktu dan hanya Jabatan Kecemasan hospital itu beroperasi di bangunan Unit Pesakit Luar.

Katanya, hospital itu akan dibuka semula selepas pembersihan dijalankan dan pihaknya akan menyelaras doktor serta jururawat daripada hospital lain untuk membantu HTI.

Baca Lanjut

‘REHATLAH AYAH..’ KETIKA ANAK MASIH DALAM KUARANTIN, AYAH PERGI SELAMANYA KERANA COVID-19

KISAH KEHIDUPAN – ‘REHATLAH AYAH..’ KETIKA ANAK MASIH DALAM KUARANTIN, AYAH PERGI SELAMANYA KERANA COVID-19

Innalillahiwainnailaihirojiun.. sebaknya hati seorang anak apabila tak dapat menatap wajah jenazah ayah buat kali terakhir disebabkan virus Covid-19.

Syahira Idris antara pesakit positif Covid-19. Begitu juga kakaknya, dan ketika ini mereka sedang dikuarantin di hospital. Sebelumnya, arwah ayah, Idris Bin Atan dijangkiti dari seseorang yang positif Covid-19.

Arwah ayahnya sudah membuat ujian saringan malah selepas pemeriksaan, keadaan ayahnya stabil. Mereka sekeluarga juga dikuarantin dan melalui ujian saringan Covid-19.

Baca Lanjut

7 CARA SURIRUMAH BOLEH SELAMATKAN KEWANGAN KELUARGA TANPA SLIP GAJI

TIPS KEWANGAN – 7 CARA SURIRUMAH BOLEH SELAMATKAN KEWANGAN KELUARGA TANPA SLIP GAJI

Walaupun tidak mempunyai pendapatan tetap, siapa kata jadi surirumah tidak boleh menyumbang kepada kewangan keluarga? Besar peranan seorang surirumah ini sebenarnya. Malah, menurut sebuah artikel oleh Majalah TIME, ramai yang tidak menyedari bahawa net worth seorang surirumah itu sahaja sudah bernilai $65,283.81/tahun, iaitu $5440.25/bulan. Ini belum lagi ditukar kepada mata wang Malaysia yang boleh mencecah sekitar RM 20,000 sebulan!

Tidak dinafikan seorang surirumah atau ibu itu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, tetapi jumlah tersebut menggambarkan bahawa seorang surirumah berkebolehan melakukan pelbagai jenis pekerjaan yang bukan saja meliputi tugas harian seperti mengemas, mencuci, menjaga anak-anak, menyediakan makanan, dan menghantar anak ke sekolah; tetapi juga sebagai pengurus kewangan rumah tangga.

Baca Lanjut