KISAH KEHIDUPAN – KOMA SELEPAS BERSALIN, IBU BAYI KEMBAR MENINGGAL DUNIA

Seorang wanita yang selamat bersalin anak kembar pada 31 Mac lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pagi tadi selepas 14 hari dalam keadaan koma.

Berita duka itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Nurul Asma Salsabila yang memuat naik gambar ketika pernikahan arwah Nasuha Shafie dan suaminya yang dikenali sebagai Mie.

BACA KISAH KEHIDUPAN – Dulu Pengutip Sampah, Bila Jutawan Jadi Dermawan Bantu Orang Di Dalam Kesusahan

PERISTIWA INI TULAR DAN TELAH MENDAPAT PERHATIAN NETIZEN

Kejadian ini telah mendapat perhatian netizen sejak malam tadi dan telah tular dikebanyakkan facebook group dan blog-blog utama di negara ini.

Ramai juga sahabat-sahabat termasuklah netizen mengambil kesempatan mengucapkan takziah serta memberi kata-kata semangat buat suami Allahyarhamah Nasuha Shafie di facebook beliau.

Memang sukar untuk menerima hakikat kehilangan seorang isteri yang sangat dicintai tambahan pula baru melahirkan zuriat hasil perkahwinan mereka yang masih baru.

Sebuah video telah dikongsikan oleh sahabat beliau sambil memberi kata-kata semangat kepada suami Allahyarham.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Nurul Asma Salsabila , Mie

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd turut menzahirkan perasaan sedih di facebook beliau malam tadi.

Besar pengorbanan seorang wanita untuk melahirkan zuriat tercinta. Salam takziah buat keluarga arwah! Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin..