COVID-19: PERAK CADANG BAZAR RAMADAN PANDU LALU

COVID-19: PERAK CADANG BAZAR RAMADAN PANDU LALU

IPOH – Kerajaan Perak bercadang menganjurkan bazar Ramadan secara pandu lalu dan dalam talian di lokasi-lokasi terpilih bermula 29 April ini, sebaik tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, konsep dikenali Smart Iftar@Perak itu mendapat persetujuan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mengambil kira semua aspek kawalan dalam mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Setakat ini terdapat kira-kira 40 lokasi seluruh negeri membabitkan lebih 1,000 peniaga telah dikenal pasti bagi tujuan ini.

Baca Lanjut

KONON JUMPA BAYI, RUPANYA ANAK SENDIRI!

Bayi lelaki dilahirkan sihat didakwa ditingggalkan di tangga rumah suspek rupa-rupanya anaknya sendiri. | Gambar – Sinar

TERKINI – KONON JUMPA BAYI, RUPANYA ANAK SENDIRI!

IPOH – Seorang bayi lelaki ditemui masih hidup ditinggalkan di tangga di sebuah rumah di Kampung Batu 9, Chemor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan bayi yang masih sihat dan bertali pusat itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati bayi tersebut merupakan milik salah seorang penghuni rumah terbabit.

Baca Lanjut

PORT SARAPAN PAGI DI IPOH YANG BERBALOI UNTUK KITA BANGUN PAGI (2020)

INFO – PORT SARAPAN PAGI DI IPOH YANG BERBALOI UNTUK KITA BANGUN PAGI (2020)

Ipoh sememangnya terkenal dengan keindahan dan keunikan bangunan-bangunan era kolonial yang menarik ramai pelancong ke sini.

Tapi bukan sebab itu je tau! Ipoh merupakan syurga makanan yang patut anda kunjungi. Ha, kalau dah sampai sini, korang kena try semua makanan yang best-best kat sini yang susah nak jumpa dekat tempat lain.

Untuk post kali ni, kami akan cerita dulu pasal port-port best untuk sarapan pagi di Ipoh. Jom!

Baca Lanjut

PEMBUKAAN BAZAAR RAMADHAN PUBI PERAK

ALHAMDULILLAH! BAZAAR RAMADHAN LAPANGAN JAYA ANJURAN PUBI PERAK KINI TELAH BEROPERASI SECARA RASMINYA!

Saat yang ditunggu telah tiba! Bazaar Ramadhan yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak kini secara rasmi telah beroperasi di Lapangan Jaya iaitu di sepanjang Jalan Lapangan 11 (berhampiran Restoran Bunga Jasmin) pada 6hb Mei 2019 yang lalu bersempena dengan bulan ramadhan telah menjelma.

Baca Lanjut