COVID-19: IPOH BERTUKAR ZON MERAH

Gambar – Google

TERKINI: (COVID-19) IPOH BERTUKAR ZON MERAH

IPOH – Pertambahan 13 kes baru positif COVID-19 di Daerah Kinta menjadikan Ipoh bertukar daripada zon jingga ke zon merah tengah hari tadi.

Ia menjadikan zon merah kedua di Perak selepas Kampung Buaia di Kuala Kangsar.

Berdasarkan infografik yang dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi laman Facebook, kes semasa COVID-19 Ipoh ia mencatatkan 43 kes berbanding 33 kes semalam.

Baca Lanjut

MBI TAWAR PENGURANGAN BAYARAN KOMPAUN TRAFIK SEHINGGA 50 PERATUS

IPOH: Bersempena dengan bulan kemerdekaan pada tahun ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberikan tawaran pengurangan pembayaran bagi kompaun trafik antara 30 hingga 50 peratus.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata penawaran diskaun tersebut berkuatkuasa hari ini sehingga 31 Ogos. Katanya individu atau pihak yang ingin berbuat demikian, mereka boleh membayarnya di mana-mana kaunter pembayaran MBI.

“Tawaran diskaun kompaun lalu lintas ini ditawarkan MBI bersempena dengan bulan kemerdekaan. Sesiapa yang ingin membayar, boleh berbuat demikian bermula hari ini,” katanya.

Baca Lanjut

COVID-19: PUSAT TRANSIT GELANDANGAN DI BANDAR RAYA IPOH

COVID-19: PUSAT TRANSIT GELANDANGAN DI BANDAR RAYA IPOH

IPOH, 19 April — Kerajaan negeri Perak membuka Pusat Transit Gelandangan kedua di Perak iaitu di Arena Badminton Perak di sini, sebagai langkah untuk memberi perlindungan kepada golongan kurang bernasib baik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Exco Kebajikan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin, berkata langkah mewujudkan pusat itu yang mempunyai kapasiti 77 penghuni dengan menggunakan konsep kubikel dan boleh boleh ditambah dari semasa ke semasa juga adalah bagi mengelak golongan itu menjadi kluster terbaharu wabak COVID-19.

Beliau berkata 49 gelandangan terdiri daripada 46 lelaki serta tiga wanita berusia antara 21 dan 78 tahun sekitar Ipoh dibawa ke pusat itu sejak petang semalam dan setiap seorang diberikan satu kubikel, manakala yang berkeluarga disediakan satu kubikel untuk dua orang. 

Baca Lanjut

5 LANGKAH MUDAH UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PENIAGA DI S.M.A.R.T IFTAR@PERAK 2020

INFO – 5 LANGKAH MUDAH UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PENIAGA DI S.M.A.R.T IFTAR@PERAK 2020

DIGITAL Perak Corporation Holding (Digital Perak) telah membangunkan sebuah platform digital bagi memberi kemudahan kepada peniaga dan pelanggan yang mahu menempah juadah berbuka puasa menjelang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan serta memangku Porfolio Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, platform digital berkenaan akan mula beroperasi hari ini untuk pendaftaran peniaga, manakala untuk tatapan pembeli pula pada 1 Ramadan nanti.

Oleh yang demikian, tentu ramai peniaga-peniaga yang ingin berniaga menggunakan platform ini dan pastinya akan tertanya-tanya cara-cara untuk mendaftar sebagai peniaga di platform ini.

Baca Lanjut