APA ITU SUKUK? DAN APAKAH PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA SUKUK DAN BON KONVENSIONAL?

APA ITU SUKUK? DAN APAKAH PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA SUKUK DAN BON KONVENSIONAL?

Sukuk adalah satu sijil kewangan Islam yang mengambil konsep sama seperti bon dalam kewangan Barat. Sukuk yang dikeluarkan perlu mematuhi undang-undang agama Islam yang dikenali sebagai Syariah.

Struktur membayar faedah terhadap pelaburan bon dalam tradisional Barat adalah tidak dibenarkan kerana mengandungi unsur-unsur riba maka wujudlah penerbitan sukuk yang menggantikan konsep bon dengan menjual sijil kepada para pelabur dan kemudian menggunakan hasil jualan sukuk itu untuk membeli sesuatu aset.

Para pelabur akan memiliki aset sokongan dan pulangan terhadap aset sokongan tersebut akan dibayar secara tetap dalam tempoh masa yang panjang. Penerbit sukuk juga perlu membuat janji kontrak untuk membeli balik sukuk tersebut pada tarikh hadapan pada nilai par.

Baca Lanjut

ezHASiL: PANDUAN ISI e-FILING CUKAI PENDAPATAN UNTUK KALI PERTAMA

INFO: ezHASiL – PANDUAN ISI e-FILING CUKAI PENDAPATAN UNTUK KALI PERTAMA

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2022.

Dalam sebuah kenyataan rasmi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraaan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.

Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi HASiL di Portal ezHasil.

Baca Lanjut

SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2020 MELALUI i-AKAUN (5.2% & 4.9%)

INFO: SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2020 MELALUI i-AKAUN (5.2% & 4.9%)

Seperti yang baru dimaklumkan pada 27 Februari lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.2 % dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional, dan 4.9 % untuk Simpanan Shariah dengan agihan RM4.76 bilion.

Secara umumnya ramai yang teruja kerana KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Covid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

Dalam artikel ini akan diterangkan lebih lanjut cara membuat semakan dividen KWSP bagi ahli-ahli yang mencarum, di mana jumlah dividen ini akan dikreditkan ke i-Akaun masing-masing.

Baca Lanjut