INFO: ezHASiL – PANDUAN ISI e-FILING CUKAI PENDAPATAN UNTUK KALI PERTAMA

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2022.

Dalam sebuah kenyataan rasmi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraaan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.

Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi HASiL di Portal ezHasil.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: BKM Bujang – Semakan Kelayakan & Jumlah Bayaran Fasa 1 – 4

TARIKH MULA E-FILING 2022 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2021

Bagi yang pertama kali ingin mengisi e-Filing, di sini kami kongsikan langkah-langkahnya.

Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL atau hadir ke kaunter cawangan HASiL.

Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan HASiL.

Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan eFiling, mereka boleh menghubungi Hasil Care di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat atau kunjungi kaunter perkhidmatan HASiL yang berhampiran.

Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Status penghantaran Borang Nyata, proses bayaran balik, e-Lejar dan PCB boleh disemak melalui MyTax.

Pembayar cukai turut dinasihatkan untuk memastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh 7 tahun seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ia perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses mengidi e-Filing dan semakan pematuhan oleh HASiL pada masa hadapan.

PANDUAN ISI E-FILING CUKAI PENDAPATAN 2022 UNTUK KALI PERTAMA

Berikut adalah langkah-langkah mengisi e-Filing online melalui Portal ezHASiL.

LANGKAH 1

Layari laman web ezHASiL dan pergi ke menu Maklum Balas Pelanggan atau tekan sahaja link ini https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/

Kemudian klik pada bahagian Permohonan Nombor Pin e-Filing.

ezhasil

LANGKAH 2

Download Borang CP55D dan isi maklumat yang diperlukan.

Selepas isi dan tandangan, scan bersama IC anda dalam bentuk PDF.

Dokumen dah sedia, klik pilihan “Seterusnya”.

Di bawah ini ialah Contoh Borang CP55D (mesti dilampirkan sekali) & CP600B (Borang ini perlu dilampirkan jika alamat surat menyurat berbeza dengan IC. Jika tidak, tak perlu lampirkan).

Foto Kredit: Naz & Co

LANGKAH 3

Isi maklumat yang diperlukan.

Pastikan alamat emel anda tepat kerana Pihak LHDN akan menghantar nombor rujukan ke emel anda.

Dah siap isi & upload dokumen yang diperlukan, klik “Hantar” dan Pihak LHDN akan memberi Nombor Pin untuk anda membuat semakan permohonan selepas 7 hari waktu bekerja.

LANGKAH 4

Login ke Portal e-filing ezHASiL di https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-FilingPROMOTED CONTENT

Cari e-BE Tahun Taksiran 2021 (rujuk gambar di bawah).

Isi maklumat diri dan juga pasangan.

Jikalau anda ada pasangan yang bekerja sangat disyorkan buat berasingan kerana ada beza yang ketara.

LANGKAH 5

Masukkan butiran peribadi dan tuntutan insentif (jika ada).

ezhasil cukai pendapatan

LANGKAH 6

Masukkan JUMLAH PENDAPATAN anda.

Boleh dapatkan jumlah pendapatan dari “EA Form” anda.

Kalau ada rumah sewa atau side income pon boleh diletakkan disini.

efiling cukai pendapatan

LANGKAH 7

Masukkan pelepasan cukai anda.

Ada extra kerana Covid19 Tax Relief. (Refer “Special for 2020)

Sila rujuk senarai pelepasan cukai penuh di sini: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2021 Untuk e-Filing 2022

pelepasan cukai e-filing lhdn

LANGKAH 8

Semak rumusan.

Di sini anda akan tahu anda kena Tax pada kadar berapa % bergantung pada Pendapatan tolak Pelepasan Cukai ezHASiL.

Jadi sebab tu penting untuk kita simpan resit dan perbelanjaan yang boleh dituntut dalam pelepasan cukai nanti.

ezhasil

Dah semak, tekan Teruskan dan Hantar.

Selesai.

NOTA:

Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2021 adalah 30 April 2022.

Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-

  • BN selain Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
    • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
  • Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut berkenaan Program memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2022 boleh dirujuk melalui pautan https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf

Bagi sebarang pertanyaan, sila rujuk di saluran berikut:

  • Portal rasmi www.hasil.gov.my atau
  • Pautan capaian pantas:
  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)

Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD