BAYI SEMBILAN BULAN MAUT TERTINGGAL DALAM KERETA

Kredit Photo – Bernama

TERKINI – BAYI SEMBILAN BULAN MAUT TERTINGGAL DALAM KERETA

KUANTAN, 17 Feb  — Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut, dipercayai selepas bapanya terlupa mangsa berada dalam kereta semasa keluar bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa ditemukan bapanya yang berusia 38 tahun dalam keadaan terbaring di kerusi bayi di tempat duduk belakang kereta semasa hendak keluar makan tengah hari. 

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik (semuanya perempuan), iaitu berusia enam dan 10 tahun dipercayai telah berada dalam kereta jenis Perodua Alza dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Baca Lanjut

KASIH IBU HINGGA KE SYURGA, 3 BERANAK MAUT DIHEMPAP POKOK SAWIT

KEMALANGAN – KASIH IBU HINGGA KE SYURGA, 3 BERANAK MAUT DIHEMPAP POKOK SAWIT

‘Malang tidak berbau’, perumpamaan itu boleh diungkap bersama kemalangan yang menimpa satu keluarga pada pagi ini. Tragedi hitam berlaku buat 3 beranak apabila motosikal yang ditunggang ibunya dihempap sebatang pokok kelapa sawit.

Kejadian malang ini berlaku di Jalan Batu Puteh, Batu Pahat. Menerusi Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu telah meragut nyawa 3 beranak tersebut.

Baca Lanjut

DUA BERANAK RENTUNG, SAKSI SEMPAT DENGAR ANAK KECIL MENJERIT MINTA TOLONG

INFO – DUA BERANAK RENTUNG, SAKSI SEMPAT DENGAR ANAK KECIL MENJERIT MINTA TOLONG

DUA beranak rentung selepas Toyota Alphard dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Kepala Batas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira 10 pagi.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat. Maklumat lanjut mengenai kejadian ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca Lanjut

KANAK-KANAK MAUT TERCEKIK MANGGA

Photo : Metro

TERKINI – KANAK-KANAK MAUT TERCEKIK MANGGA

KANAK-KANAK perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai selepas tercekik buah mangga di rumahnya di Taman Limbong Jaya Idaman, Paka dekat Dungun petang hari ini.

Nur Amanda Ahmad Helmi disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Paka pada 5.20 petang.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas ketika disuapkan buah mangga oleh bapanya pada 3.50 petang.

Baca Lanjut