INFO – DUA BERANAK RENTUNG, SAKSI SEMPAT DENGAR ANAK KECIL MENJERIT MINTA TOLONG
DUA beranak rentung selepas Toyota Alphard dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Kepala Batas, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira 10 pagi.
“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat. Maklumat lanjut mengenai kejadian ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kanak-Kanak Maut Tercekik Mangga –>
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 9.58 pagi.
“Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, sebuah MPV didapati terbakar.
“Kenderaan mungkin melanggar penghadang jalan, terbabas dan terbakar di situ. Ia terbakar 100 peratus,” katanya.
Tragedi Kren Tumbang Di Mekah, Waris Telah Terima RM1.17 Juta –>
Menurutnya, selepas api dipadamkan dan pemeriksaan dibuat menemui dua mangsa yang rentung di dalam kenderaan.
Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
(Kejadian kemalangan ini berlaku pada hari Jumaat lalu – 31hb Januari 2020), Sumber – Isu Semasa Online
KOMEN TERKINI