HINA PETUGAS HOSPITAL PUTRAJAYA, AZWAN ALI DIDENDA RM17,000

HIBURAN – HINA PETUGAS HOSPITAL PUTRAJAYA, AZWAN ALI DIDENDA RM17,000

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Selebriti yang sering mengundang kontroversi, Azwan Ali didenda RM17,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menghina kakitangan Hospital Putrajaya di laman sosial YouTubenya, sebagai petugas di barisan hadapan dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Azwan, 54, atau dikenali dengan gelaran “Diva AA” selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Azwan didakwa secara sedar telah menggunakan laman sosial Youtubenya, “DIVAAATERSOHOR” telah membuat penghantaran bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan perbuatan itu telah ditonton di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya di Putrajaya, 24 Mac lepas.

Baca Lanjut