(VIDEO) 133 RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN SELAMAT TIBA DI KLIA

Kredit foto: BERNAMA

(VIDEO) 133 RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN SELAMAT TIBA DI KLIA

SEPANG, 4 Feb – Pesawat khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China yang dilanda wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi ini.

Pesawat AirAsia yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada 5.57 pagi.

Seramai 107 orang dibawa pulang melalui penerbangan khas itu yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.

Baca Lanjut

MUNTAH, TARIK NAFAS PANJANG, LELAKI MENINGGAL DUNIA KETIKA BERMAIN BADMINTON

Kematian boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa mengira had umur, tempat dan masa meskipun ketika kita tengah bersukan. Seperti perkongsian di Facebook Kedah Kini sebagai saksi menceritakan detik cemas berdepan kematian seorang remaja yang berlaku di depan matanya. Mangsa yang berusia 23 tahun itu rebah di gelanggang badminton sebelum tarik nafas panjang dan meninggal dunia.

TERKINI – MUNTAH, TARIK NAFAS PANJANG, LELAKI MENINGGAL DUNIA KETIKA BERMAIN BADMINTON

Saksi menceritakan kejadian yang berlaku di depan mata ketika bermain badminton di salah sebuah gelanggang di Jitra Kedah. Kematian melibatkan seorang remaja lelaki berusia 23 tahun ketika bermain badminton bersama rakan-rakannya pada sekitar jam 11 malam.

Baca Lanjut

WHO ISYTIHAR KORONAVIRUS KECEMASAN KESIHATAN GLOBAL

INFO – WHO ISYTIHAR KORONAVIRUS KECEMASAN KESIHATAN GLOBAL

Perkara berkenaan diumumkan WHO selepas mengadakan mesyuarat di ibu pejabat pertubuhan itu di Geneva pada Khamis.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak koronavirus yang telah meragut sekurang-kurangnya 170 nyawa sebagai kecemasan kesihatan global.

Perkara berkenaan diumumkan WHO selepas mengadakan mesyuarat di ibu pejabat pertubuhan itu di Geneva pada Khamis.

Baca Lanjut

JACK MA DERMA RM57 JUTA UNTUK HASILKAN VAKSIN KORONAVIRUS

Photo : Google

TERKINI – JACK MA DERMA RM57 JUTA UNTUK HASILKAN VAKSIN KORONAVIRUS

Jack Ma, pengasas Ali Baba dan lelaki terkaya di China telah mendermakan RM57 juta ($14 juta)  melalui organisasinya untuk membantu mencari vaksin bagi coronavirus Wuhan.

Jutawan itu telah memperuntukkan sebanyak 40 juta Yuan bagi dua organisasi penyelidikan kerajaan China menurut kiriman yang telah dimuat naik di laman media sosial Organisasi Jack Ma.

Selain itu, menurut yayasan tersebut sisa dana akan digunakan untuk menyokong langkah pencegahan dan rawatan.

Derma atau dana itu diikuti dengan pengumuman yang dibuat oleh Ali Baba pada hari Sabtu yang telah menyediakan sebanyak 1 bilion Yuan untuk membeli bekalan perubatan untuk Wuhan dan wilayah Hubei, pusat wabak virus.

Baca Lanjut