PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 27hb Jun 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Kemahiran Membuat Video & Editing.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat Ajk Induk PUBI Perak Bil – 02/2020
Bengkel ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar yang sangat perngalaman iaitu Mr. Kenny dengan objektif yang sangat murni iaitu untuk membantu usahawan di dalam meningkatkan serta memajukan perniagaan masing-masing.
Melalui kelas ini, para peserta yang hadir telah mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk meningkatkan jualan serta jenama masing-masing melalui platform applikasi video dan YouTube.
Antara topik-topik yang telah dipelajari oleh para peserta yang hadir adalah seperti memahami format Video, Imej, Audio dan ‘Total Video Converter’ (TVC), mempelajari applikasi perisian video ‘Filmora’ dan juga teknik ‘Cropping Video’, ‘Audio Control’ & ‘Video Editing’.
Malah peserta juga telah mempelajari teknik memasukkan ‘text’ di dalam video, ‘effect video’ dan ‘props’ serta mempelajari teknik memasukkan audio ke dalam video serta teknik membuat video dengan menggunakan imej.
Akhir sekali para peserta mempelajari asas penggunaan applikasi YouTube, membuat chanel di YouTube dan teknik memuat naik video ke dalam YouTube.
Kami sangat faham kepentingan pemasaran melalui teknik video di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.
Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.
Oleh itu PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan. “
En. Kudus Alie Novel Bin Mohamat Yunus
Naib Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak
KOMEN TERKINI