PERMOHONAN SPIN TEKUN: BANTUAN SEKTOR INFORMAL SEHINGGA RM5,000

INFO: PERMOHONAN SPIN TEKUN – BANTUAN SEKTOR INFORMAL SEHINGGA RM5,000

Bagi usahawan sektor informal yang memerlukan bantuan pembiyaan, anda boleh memohon inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal (SPIN).

Untuk makluman, sektor informal ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

SPIN telah dilancarkan oleh Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 21 Disember tahun lalu yang bermatlamat untuk memberikan manfaat kepada 10,000 usahawan sektor informal di seluruh negara.

Baca Lanjut

TBRS TEKUN: SKIM PEMULIHAN PERNIAGAAN SEHINGGA RM10,000

TBRS TEKUN: SKIM PEMULIHAN PERNIAGAAN SEHINGGA RM10,000

TEKUN Nasional telah membuka permohonan kepada usahawan perniagaan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19 iaitu Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN atau TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS TEKUN).

TBRS merupakan skim pembiayaan mikro yang diuruskan oleh TEKUN Nasional bagi membantu perusahaan mikro memulihkan semula perniagaan mereka setelah terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Untuk makluman, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mana fungsi agensi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Baca Lanjut

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 2020

INFO: PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 2020

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mewujudkan satu inisiatif pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal iaitu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur.

Matlamat utama skim pembiayaan ini ialah untuk memberi dan mewujudkan peluang perniagaan dan menyediakan bantuan modal kepada kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan COVID-19 serta arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelaksanaan skim pembiayaan ini dilakukan oleh TEKUN Nasional selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Baca Lanjut