KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini sepanjang bulan Ramadan tahun 2025 ini, KOPUBI Perak Bhd melalui Pengurus Pemasaran Tn Zakaria Kasim telah membuka sebuah Kaunter Khidmat Pelanggan MyAngkasa Amanaj Bhd bertempat di Hadapan Pejabat KRT Taman Raia Mesra, Kampung Kepayang, Ipoh Perak.

Kaunter Khidmat pelanggan ini telah dibuka setiap hari bermula jam 4.00 ptg – 7.00 mlm dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar kawasan ini.

Melalui Kaunter Khidmat Pelanggan yg telah dibuka ini, penduduk setempat telah diberi penerangan secara rawak tentang kepentingan Pengurusan Harta Pusaka dan Hibah serta penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Taklimat Pengurusan Harta Pusaka, Hibah Dan Wasiat

Disamping itu, wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd juga turut memberi maklumat lengkap berkaitan dengan produk Myangkasa Amanah Bhd, antaranya Mywasiat, Myhibah, Mypusaka dan MyAmanah dan kepentingan untuk melantik wasi (pentadbir).

Untuk makluman semua, KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Melalui pelantikan ini, KOPUBI Perak Bhd boleh memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.

Dengan ini KOPUBI Perak Bhd telah menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.

Tn Zakaria Kasim telah membuka sebuah Kaunter Khidmat Pelanggan MyAngkasa Amanaj Bhd bertempat di Hadapan Pejabat KRT Taman Raia Mesra, Kampung Kepayang, Ipoh Perak.

Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.

#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia