JOM DAFTAR BENGKEL TEKNIK PEMASARAN FACEBOOK (SIRI KE-2)

JOM DAFTAR – BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Bengkel tersebut adalah Bengkel Teknik Pemasaran Facebook di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk meningkatkan jualan serta jenama masing-masing melalui platform applikasi facebook.

Kami sangat faham kepentingan pemasaran di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.

Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.

Baca Lanjut

RUGI KALAU TAK CUBA!! TAWARAN PENGIKLANAN KHUSUS UNTUK USAHAWAN DI IPOH.

IKLAN – RUGI KALAU TAK CUBA!! TAWARAN PENGIKLANAN KHUSUS UNTUK USAHAWAN DI IPOH.

Jom pakat kenalkan produk dan servis anda di ImpacTV. Apa yang best??

Kami adalah satu – satunya pengiklanan mampu milik di Ipoh khas diwujudkan untuk usahawan semua. Ada 9 lokasi di sekitar Ipoh yang pastinya lokasi tumpuan orang ramai dan YA, kami bagi PERCUMA 1 penghasilan slide video animasi berdurasi 30 saat jika anda melanggan 3 bulan pakej ImpacTV.

Cakap banyak pun tak elok. Tunggu apa lagi? Terus set pakat ramai – ramai kita promote bisnes kita di ImpacTV!

9 LOKASI TERBAIK YANG AKAN BOOM IKLAN ANDA!

  • Stesen KTM Ipoh
  • Hospital KPJ Ipoh
  • Pusat Perubatan Ar Ridzuan
  • Restoran Nasi Ayam Fuziah
  • Miker Cafe
  • Chakcibow Cafe
  • Hot Delis Cafe
  • Restoran Warong Malaysia
  • Restoran Roti Canai Ijam

Lokasi yang memang ramai pengunjung dan ramai orang di Bandaraya Ipoh ini. Sudah pasti jenama anda akan dikenali RAMAI dan DIKETAHUI UMUM!

Baca Lanjut

PROGRAM TEMU RAPAT PENIAGA PASAR MALAM PUBI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Terkini pada 12hb Januari 2020 yang lalu, PUBI Perak melalui Jawatankuasa Pasar Malam dan Bazaar (JKPMB) PUBI Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Program Temu Rapat Peniaga Pasar Malam PUBI Perak.

Program ini melibatkan semua peniaga-peniaga Pasar Malam dan Bazaar anjuran PUBI Perak.

Turut hadir pada program ini adalah Pengerusi PUBI Perak, En Sharul Baha Abd Rahman dan diiringi oleh Ketua JK Pasar Malam dan Bazaar PUBI Perak iaitu Puan Noor Zalina Binti Mohd Yusof.

Baca Lanjut

BENGKEL INTENSIF & LATIHAN ONLINE MARKETING

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 11hb Januari 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak melalui Jawatankuasa Pembangunan Usahawan (JKPU) PUBI Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Intensif & Latihan Online Marketing.

Kami sangat memahami kepentingan pemasaran di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.

Baca Lanjut