MESYUARAT JAWATANKUASA JURUAUDIT DALAMAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20hb Januari 2023 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-04/2023 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Peral Bhd di Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Juruaudit dalaman ini telah dipengerusikan oleh Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman Koperasi serta dihadiri oleh dua orang Ahli Jawatankuasa iaitu Pn Noor Azlina dan juga En Mohamad Nafis.

Turut hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman ini adalah Bendahari Koperasi iaitu En Firdaus. En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd juga turut hadir bagi memantau proses-proses audit yang dijalankan oleh pihak Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd ini.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA JURUAUDIT KOPERASI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 13hb Januari 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak Juruaudit Luar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincang pelaksanaan proses pengauditan akaun kewangan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI).

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan perbincangan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan turut disertai oleh Pembantu Tadbir Operasi dan Kewangan KOPUBI Perak Bhd iaitu En Nazreen manakala mewakili pihak juruaudit luar adalah wakil daripada MYBAK Associates iaitu En Awalludin.

Melalui pertemuan ini, pihak KOPUBI Perak Bhd telah bersetuju untuk melantik firma audit ini untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan ke atas akaun-akaun kewangan milik koperasi bagi tahun 2022 dan ini adalah kali kedua firma ini mengaudit akaun-akaun KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut