PERINGATAN: JANGAN TERPEDAYA APLIKASI PALSU i-SINAR

PERINGATAN: JANGAN TERPEDAYA APLIKASI PALSU i-SINAR

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga atau mewujudkan aplikasi untuk menguruskan pengeluaran KWSP anda! KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar. Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Memohon i-Sinar: Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10,000