
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 06hb Julai 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah memeterai Perjanjian Kerjasama & Persefahaman di antara KOPUBI Perak Bhd dan salah seorang Usahawan Tani Muda yang mengusahakan projek ternakan kambing secara kecil-kecilan.
Beliau telah mengusahakan ternakan kambing sejak beberapa tahun yang lalu di Chemor Perak dan kini berupaya mengusahakan ternakan sebanyak hampir 20 ekor kambing di dalam satu masa.
Melalui perjanjian usahasama ini, pihak KOPUBI akan menyediakan dana dalam bentuk modal pusingan melalui tabung usahawan yang disediakan oleh Pihak KOPUBI Perak Bhd.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Lawatan Rasmi Ke Kilang ‘Paper Straw’ Ecobio Pack
Dengan usahasama yang termeterai ini membolehkan kedua-dua belah pihak mendapat manfaat bersama dan sudah tentu KOPUBI Perak Bhd akan mendapat pulangan yang menguntungkan pada masa hadapan.
Mewakili pihak KOPUBI Perak Bhd bagi menandatangani perjanjian ini adalah Pengerusi Koperasi En. Sharul Rahman dan turut hadir adalah Bendahari Koperasi Pn Samsiah.
Semoga dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan. Insyallah..
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..”
En. Kudus Alie Novel Bin Mohamat Yunus
Timbalan Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
KOMEN TERKINI