KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 2hb September 2021 yang lalu, Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menerima sumbangan sebanyak 25 kampit beras daripada Tuan Ahmad Ramadzan Soid untuk diletakkan di premis J&T Express Malaysia PRK413 Bandar Seri Iskandar Perak di mana sebuah program Food Bank sedang dijalankan di premis tersebut sejak bulan ogos yang lalu.

AKTIVITI KUMPULAN PUBI YANG LALU: Program Food Bank Kumpulan PUBI

Untuk pengetahuan semua, Kumpulan PUBI telah melancarkan sebuah program Food Bank di mana premis J&T Express Malaysia PRK413 Bandar Seri Iskandar Perak (yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak) telah dipilih sebagai lokasi rasmi program ini di mana program ini juga adalah dengan kerjasama pihak J&T Express Negeri Perak.

Matlamat utama program food bank yang dijalankan ini adalah untuk membantu golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

Melalui program ini, penduduk di kawasan sekitar boleh mendapatkan bantuan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, makanan segera dan lain-lain di premis-premis Premium Courier Point J&T Express Malaysia yang terpilih termasuklah premis Premium Courier Point J&T Express Malaysia yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd di No.25 Jalan Maju 1, Taman Maju, Bandar Seri Iskandar Perak.

Kumpulan PUBI melalui siaran media sebelum ini telah memaklumkan kepada penduduk di sekitar Bandar Seri Iskandar untuk menghebahkan pelaksanaan program ini di mana mereka kepada mereka yang memerlukan bantuan tersebut boleh hadir terus ke premis kami di alamat seperti di atas untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang telah disediakan.

Untuk makluman semua, bantuan ini adalah tertakluk kepada tarikh yang telah dinyatakan dan adalah terhad kepada jumlah stok yang ada sahaja.

Sumbangan beras telah dihantar ke premis J&T Express Malaysia Taman Maju yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd di Bandar Seri Iskandar Perak.

Kumpulan PUBI juga di dalam masa yang sama telah membuka peluang kepada seluruh masyarakat untuk melibatkan diri di dalam program yang dianjurkan ini dengan membuat sumbangan berbentuk barangan keperluan asas atau dengan membuat sumbangan berbentuk wang tunai.

Peluang tersebut boleh diambil dan dimanfaat oleh sesiapa sahaja yang ingin menambah pahala serta mendapat keredhaan dariNya serta membentuk nilai kasih sayang sesama kita.

Kumpulan PUBI juga ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada Tuan Ahmad Ramadzan Soid di atas jasa baik beliau yang sudi memberi sumbangan beras kepada pihak kami.

Alhamdulillah dengan sumbangan yang diterima ini telah diuruskan oleh pihak kami dengan amanah dan bertanggungjawab serta mencapai objektif yang dirancang.

Semoga dengan pelancaran program ini akan dapat meringankan masyarat setempat di dalam mengharungi saat-saat getir sewaktu pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia sehingga ke hari ini.

Diharapkan juga agar usaha ini diberkati dan dirahmati olehNya serta berjalan dengan jayanya.

Insyallah.

#KumpulanPUBI #PUBI #KOPUBI #JnTExpress #PRK413 #TamanMaju

Leave a Reply