PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) dan juga Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) telah bekerjasama untuk menyerakan bantuan bekalan makanan kepada Ahli Kumpulan PUBI yang berniaga di bawah Pasar Malam anjuran PUBI Perak.

AKTIVTI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Jelajah Kasih Kumpulan PUBI 2020

Penyerahan telah dibuat oleh Ketua JK Pasar Malam & Bazaar PUBI Perak, Puan Zalina Yusuf, SU Kehormat Saudara Mohamad Jamean, Ketua JK Pembangunan Wanita PUBI Perak Pn Zuraida (Ieda) dan tidak ketinggalan En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI.

Sumbangan ini adalah hasil kutipan dari ahli-ahli persatuan, anggota koperasi dan juga pasar malam ekoran perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan susulan penularan wabak covid-19 di negara kita ini.

Kita sedia maklum bahawa golongan peniaga pasar malam adalah di antara golongan yang terjejas teruk kerana tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi di atas faktor larangan yang dikeluarkan dan wajib dipatuhi.

Semoga dengan sumbangan ini akan dapat meringankan beban kalian semua peniaga-peniaga yang terjejas akibat Perintah Kena Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh Pihak Kerajaan ekoran penularan Wabak Penyakit Covid-19.

Semoga terus cekal di dalam keadaan tidak dapat berniaga seperti biasa. Pasti ada hikmah segala dugaan dan cubaan yang diberikan oleh Allah Taala kepada kita semua.

Kami seluruh Jawatankuasa PUBI Perak serta Kumpulan PUBI sentiasa mendoakan agar dipermudahkan segala urusan kalian dan semoga terus maju serta sukses!

Insyallah..

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Pn. Noorzalina Binti Yusof
Bendahari Kehormat PUBI Perak