PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 14hb Mac 2024 yang lalu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan Program Turun Padang ke Bazar Ramadan Taman Temara dan Station 18 Ipoh Perak serta telah menyerahkan lesen perniagaan bazar ramadan Majlis Bandaraya Ipoh kepada peniaga-peniaga di Bazar Ramadan ini.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak Bil – 01/2024

Program turun padang serta penyerahan lesen perniagaan bazar ramadan ini telah diketuai oleh En Mohamad Farhan selaku Timbalan Pengerusi Persatuan dan En Haizul Fakarudin selaku Setiausaha Kehormat Persatuan serta telah dibantu oleh Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha Persatuan.

Turut hadir mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) bagi aktiviti yang dijalankan ini adalah tiga orang Ahli Jawatankuasa iaitu Pn Norhuda, Pn Jamaliah Md Yatim dan juga Pn Noor Azlina.

Alhamdulillah, Program Turun Padang ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya di mana para peniaga telah disantuni oleh Ahli Jawatankuasa yang terlibat.

Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang menyertai Program Turun Padang ke Bazar Ramadan Taman Temara dan Station 18 Ipoh Perak.

Pada tahun 2024 ini seramai hampir 60 orang peniaga telah menjalankan aktiviti perniagaan di Bazar Ramadan Taman Temara dan Station 18 ini yang mana melibatkan hampir 44 buah khemah bersaiz 20′ x 20′20 yang telah disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada tahun ini telah tercapai dengan izinNya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak