PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 8hb Jun 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah selesai menyerahkan dokumen perjanjian bagi pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2021 di antara Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Bandar dan PUBI Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Bancian Peserta Program PEKB 2021
Sesi penyerahan dokumen perjanjian tersebut telah dibuat kepada pegawai yang bertugas di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Bahagian Kesejahteraan Bandar, Persint 4 Putrajaya.
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke sesi penyerahan dokumen perjanjian ini adalah Tuan Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul Rahman, Setiausaha Kehormat Persatuan Puan Samsiah serta diiringi oleh Bendahari Kehormat Persatuan iaitu Saudara Mohamad Nafis.
Dengan termeterainya perjanjian ini maka rasmilah sudah Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) sebagai salah sebuah NGO pelaksana bagi sebuah program yang akan dijalankan di bawah kementerian iaitu Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2021 bersama dengan 20 buah persatuan lain yang berjaya dipilih dari seluruh Negara.
Syukur ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih bagi melaksanakan program yang bakal membantu masyarakat meningkatkan ekonomi bagi tahun 2021 ini di peringkat nasional.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk melaksanakan program ini di bawah kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.
Semoga program ini memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI