PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 29hb Oktober 2023 yang lalu, Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), En Sharul Rahman dan ditemani oleh Setiausaha Persatuan En Haizul Fakarudin serta Bendahari Persatuan En Mohamad Nafis telah mengadakan lawatan kerja ke Bukit Merah Laketown Resort bagi tujuan meninjau lokasi yang bersesuaian bagi melaksanakan sebuah lagi program anjuran PUBI Perak yang dijangka berlangsung pada bulan Februari 2024 nanti.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pemantauan Peserta PEKB 2023 Bagi Bulan Oktober

Pada sesi lawatan kerja ini, pihak Bukit Merah Laketown Resort melalui wakil mereka telah membawa deligrasi PUBI Perak ini bagi meninjau lokasi-lokasi menarik di dalam resort ini dan telah memberi penerangan serba sedikit berkaitan pakej-pakej yang ditawarkan sekiranya pihak PUBI Perak memilih lokasi ini sebagai lokasi program yang dirancang kelak.

Alhamdulillah, lawatan kerja ini sangat berjaya dan pihak PUBI Perak akan memperhalusi aturcara program yang bakal dirancang pada bulan februari 2024 ini dan dijangka akan menjadi sebuah program yang memberi impak tinggi.

Insyallah, semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan