KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan negara kita yang tercinta ini, Premis PCP J&T Express PRK413 Taman Maju Bandar Seri Iskandar yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah diperhiaskan dengan belon-belon serta bendera Malaysia bagi merasai kemeriahan sambutan hari kemerdekaan negara kita yang ke-64 tahun.

Usaha ini telah dilakukan oleh Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd dan dibantu juga oleh staf PCP J&T Express PRK413 Taman Maju Bandar Seri Iskandar yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Untuk maklumat semua, bulan ogos juga J&T Express Malaysia menyambut ulang tahun ke-3 penubuhan syarikat perkhidmatan penghantaran ekspress terbesar di negara ini.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Edaran Barang Keperluan Asas Kepada Penduduk Setempat

Sungguhpun masih baru tetapi syarikat ini telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia serta mempu menyaingi syarikat lain yang lebih lama menapak di negara kita ini.

Dalam pada itu, tema hari kemerdekaan/kebangsaan bagi tahun 2021 ini dikekalkan sepertimana yang diperkenalkan pada tahun sebelumnya (2020) iaitu ‘Malaysia Prihatin’.

Rekaan logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang turut dikekalkan.

Tema Malaysia Prihatin menepati dengan situasi semasa Malaysia yang menunjukkan keperihatinan kerajaan sedia ada terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Generasi muda sudah pasti menganggap merdeka itu adalah bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

Ahli Lembaga Koperasi bersama Pembantu Khidmat Pelanggan J&T Express PRK413 Taman Maju yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd sedang menghias bahagian pintu masuk ke premis.

Bagi generasi kini, erti kemerdekaan adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Semoga sambutan bulan kemerdekaan akan terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia walaupun ianya akan menjadi suatu isu yang akan dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd sebagai sebuah koperasi yang sangat cintakan tanah air mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke-64 kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Semoga perpaduan negara terus dikekalkan dan semoga negara kita terus maju serta menjadi sebuah negara yang disegani di seluruh pelusuk dunia.

Insyallah

#KumpulanPUBI #PUBI #KOPUBI #JnTExpress #PRK413 #TamanMaju