INFO: RUMAH PERAKKU 2021- PENDAFTARAN, PERMOHONAN & SEMAKAN
Kerajaan negeri Perak telah mengumumkan 50,000 Rumah Perakku bakal dibina di kawasan bandar dan luar bandar.
Antara objektif utama skim bantuan ini diperkenalkan agar rakyat Perak terutama daripada golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri.
Rumah Perakku terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
- Kos Rendah
- Kos Sederhana
- Mesra Milik
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan SRSBBT PEMERKASA Plus – Moratorium Pemilik Bas & Teksi
HARGA RUMAH PERAKKU
Harga yang ditawarkan berbeza mengikut:
- Zon A – Kawasan Bandar
- Zon B – Kawasan Luar Bandar
Rumah Kos Rendah
- Zon A – RM90,000 ke bawah
- Zon B – RM70,000 ke bawah
Rumah Kos Sederhana
- Zon A – RM90,001 – RM180,000
- Zon B – RM70,001 – RM140,000
Rumah Perakku 3 (Mesra Milik)
- Zon A – RM180,001 – RM250,000
- Zon B – RM140,001 – RM240,000
MAKLUMAT PROJEK RUMAH PERAKU 2021
Berikut adalah maklumat Projek Rumah Perakku 2021 di bawah Lembaga Perumah & Hartanah Perak.
- Rumah Perakku Bidor
- Daerah – Batang Padang
- Mukim – Bidor
- Harga Minimum – RM70,000
- Harga Maksimum – RM140,000
- Rumah Perakku Kos Sederhana Desa Pengkalan
- Daerah – Kinta
- Mukim – Sungai Terap
- Harga Minimum – RM70,000
- Harga Maksimum – RM140,000
- Rumah Perakku Mampu Milik Bidor
- Daerah – Batang Padang
- Mukim – Bidor
- Harga Minimum – RM140,000
- Harga Maksimum – RM250,000
- Rumah Mampu Milik Pekan Dato Ahmad Said
- Daerah – Kinta
- Mukim – Ulu Kinta
- Harga Minimum – RM238,000
- Harga Maksimum – RM330,650
- Rumah Perakku 90k Malim Nawar
- Daerah – Kampar
- Mukim – Pekan malim Nawar
- Harga Minimum – RM90,000
- Harga Maksimum – RM90,000
- Rumah Perakku 90k Tronoh
- Daerah – Kinta
- Mukim – Belanja
- Harga Minimum – RM90,000
- Harga Maksimum – RM90,000
- Rumah Perakku 1 Rumah Bandar ( Town House)
- Daerah – Kampar
- Mukim – Pekan Malim Nawar
- Harga Minimum – RM70,000
- Harga Maksimum – RM90,000
- Rumah Perakku kos Sederhana Kg Serdang Setiawan
- Daerah – Manjung
- Mukim – Setiawan
- Harga Minimum – RM168,000
- Harga Maksimum – RM168,000
- Rumah Perakku Kos Rendah Kg Serdang Setiawan
- Daerah – Manjung
- Mukim – Sitiawan
- Harga Minimm – RM70,000
- Harga Maksimum – M85,000
PENDAFTARAN RUMAH PERAKKU 2021
DAFTAR RUMAH PERAKKU 2021
- Sila layari laman portal Lembaga Perumah & Hartanah Perak
- Lengkapkan maklumat dan tekan daftar RUMAH PERAKKU 2020
- Setiap pendaftaran permohonan rumah yang berjaya, pemohon akan menerima email yang mengandungi maklumat akses ke akaun pemohon.
- Pemohon dikehendaki mengemaskini maklumat pemohon dan dokumen-dokumen berkaitan permohonan rumah dalam kadar yang secepat mungkin.
- Pemohon boleh mengemaskini profil dan permohonan rumah atau menyemak status permohonan rumah
CARA PERMOHONAN RUMAH PERAKKU 2021
Selain permohonan online seperti di atas, anda juga boleh memohon Rumah Perakku melalui borang. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Rumah Perakku yang boleh dimuat turun di sini.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan bagi memohon skim rumah tersebut. Antaranya:
- Mestilah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja yang layak memohon
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Anda mestilah mengisi borang dengan selengkapnya.
Sekiranya dipanggil ke temuduga, berikut antara dokumen-dokumen yang perlu anda bawa:
- Salinan kad pengenalan terbaru Pemohon dan isteri/suami.
- Salinan sijil nikah / Daftar perkahwinan
- Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
- Salinan Surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
- Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri/suami.
- Surat pengesahan dan perakuan Pendapatan bulanan pemohon dan isteri/suami dari Ahli Dewan undangan Negeri
- (ADUN)/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
- Sekeping gambar warna Ukuran pasport(Terbaru).
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH PERAKKU
Status permohonan boleh disemak di portal rasmi http://lphp.perak.gov.my/semak.php
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sekiranya terdapat sebarang persoalan, anda bolehlah hubungi:
LEMBAGA PERUMAHAN & HARTANAH PERAK ARAS G, BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN, JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB, 30000 IPOH, PERAK.
Atau telefon ke nombor 05-209 5000
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.
KOMEN TERKINI