
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 11hb Mac 2025 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan Program Turun Padang ke Bazar Ramadan Taman Temara Ipoh Perak di mana telah melibatkan AJK Persatuan dan juga wakil daripada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI : Pembukaan Bazar Ramadan Taman Temara
Program ini telah diserikan dengan kehadiran Ybrs. Tuan Ahmad Munir, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Ipoh serta dua orang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh iaitu Clr Tn. Ahmad Farid Walit dan Clr Tn. Basri.
Manakala mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pula adalah En. Sharul Rahman, Pengerusi PUBI Perak, En Haizul Fakarudin selaku Setiausaha dan En Mohammad Nafis selaku Bendahari.
Turut hadir adalah Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Persatuan, En Khairul Akmal, Pn Norazlina Omar selaku AJK PUBI Perak serta En Mohamad Norriduan, SUPOL Ahli Parlimen Ipoh Timor dan Team MBI yg diketuai oleh Pn Noraini. Alhamdulillah, Program Turun Padang ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya di mana para peniaga telah disantuni serta menerima sumbangan Apron dan juga Topi bertema Bazar Ramadan 2025 di mana serahan tersebut telah dibuat oleh Ybrs. Tuan Ahmad Munir, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Ipoh serta tetamu kehormat yang lain.

Pada tahun 2025 ini seramai hampir 30 orang peniaga telah menjalankan aktiviti perniagaan di Bazar Ramadan Taman Temara ini yang mana melibatkan lebih 25 buah khemah yang telah disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).
Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada tahun ini telah tercapai dengan izinNya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.



KOMEN TERKINI