KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 6/2/2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah dujemput untuk menghadiri sebuah program yang berimpak tinggi iaituProgram turun padang ke arah kemakmuran bersama anjuran Institut Koperasi Malaysia zon utara.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Perdana Taiping dan mewakili pihak KOPUBI Perak Bhd ke program ini adalah tiga orang Ahli Lembaga Koperasi iaitu Pn. Aidawati Yusoff, Pn. Samsiah Abdullah dan Cik Mawardah Ahmad Yusni.

Pelbagai agenda dan penambahbaikan yang dirancang bagi memperkasakan gerakan koperasi di malaysia.

Antara tetamu kehormat yang hadir ke program ini adalahcpengerusi ANGKASA Negeri Perak Tn. Haji Mohd Rosli B. Haji Basri, Ketua penolong pengarah SKM Negeri Perak En. Abdul Rahman B. Ngadenan @Adnan, Pn. Mazwin Bt Mahat Pegawai Eksekutif SME CORP Negeri Perak dan En. Mohd Anuar B. Salleh Pengurus TEKUN Nasional Negeri Perak.

Kunjung Hormat Ke Pejabat YB Dr Abdul Aziz Bin Bari –>

Tiga orang Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. telah hadir ke program yang berlangsung ini.

Diantara program yang dikenalkan adalah revulasi industri 4.0 dan program MiRiCLe (Million Ringgit coop League) dimana program ini membantu koperasi meningkatkan perolehan hingga nilai jutaan ringgit.

Program ini turut melibatkan kerjasama koperasi dan beberapa agensi seperti SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA, SME CORP, TEKUN, DAN ANGKASA.

Pihak KOPUBI berharap, agar segala program yang dirancang dapat dijayakan, seterusnya dapat meningkatkan kredebiliti koperasi sebagai salah badan kewangan yang disegani di malaysia.

InsyaAllah..

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..

Pn. Samsiah Binti Abdullah @ Ahmad
Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.