PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 29hb Disember 2019 yang lalu, PUBI Perak telah menganjurkan sebuah program CSR di mana pihak PUBI melalui kutipan sumbangan Tabung Covid-19 yang dibuat baru-baru ini telah memberi bantuan Bantuan dalam bentuk Kotak Bantuan yang dipenuhi dengan barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi.

Program CSR ini turut melibatkan Pasaraya Kita Mart yang telah dipilih sebagai rakan strategik bagi menyediakan serta membekalkan bekalan Kotak Bantuan tersebut.

AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: PUBI Lancarkan Platform Derma Untuk Tabung Covid-19 Dan Bantuan Usahawan Yang Terjejas

Kita Mart adalah sebuah pasaraya muslim yang diusahakan oleh beberapa orang anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) dan turut menerima modal Tabung Usahawan daripada KOPUBI Perak Bhd baru-baru ini.

Selain itu, pihak J&T Express Malaysia Negeri Perak sangat berbesar hati untuk menaja perkhidmatan logistik di mana kotak bantuan tersebut di hantar terus ke hadapan pintu rumah penerima bantuan menggunakan pengangkutan rasmi J&T Express Malaysia.

Penerima bantuan adalah terdiri daripada peniaga-peniaga kecil terutamanya peniaga pasar malam yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia.

Dianggarkan pendapatan peniaga telah menurun sehinga 50% daripada kebiasaan dan ini telah menjejaskan kehidupan seharian mereka memandangkan perbelanjaan bulanan yang tetap terpaksa ditanggung setiap bulan.

PUBI Perak berharap dengan pelaksanaan ‘Tabung Covid-19 dan Bantuan Usahawan PUBI Perak’ ini akan dapat meringankan beban peniaga-peniaga kecil ini yang sedang bergelut serta menghadapi kesukaran hidup pada waktu ini.

Semoga platform derma ini akan memberi manfaat kepada semua dan akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara terutamanya di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan secara amnya di Negeri Perak.

Insyallah..