PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 17hb Mei 2020 yang lalu,Team Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) dan juga Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) sempat mengadakan Program Edaran Bubur Lambok kepada pelanggan-pelanggan di Stesen Minyak Petronas Station 18, Ipoh Perak.

AKTIVTI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Iftar Delivery Kasih Anjuran Kumpulan PUBI Perak

Syukur sebanyak 250 bekas bubur lambok telah berjaya diedarkan dalam masa 45 minit kepada pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke stesen minyak ini pada waktu itu.

Walaupun cuaca agak hujan, namun program tetap berjalan dengan lancar mengikut perancangan dan dengan izinNya juga program ini sangat berjaya.

Tuan Pengerusi, En. Sharul Rahman telah meluangkan masa untuk menyertai program ini dan telah disertai juga oleh Saudara Mohamad Jamean selaku SU Kehormat PUBI Perak merangkap Pengerusi KBPUBI serta Bendahari Kehormat PUBI Perak Puan Zalina Yusuf merangkap Ahli Lembaga Koperasi KOPUBI.

Turut hadir adalah Pn Zureimi dan Pn Norhayati selaku Anggota Kabinet PUBI Perak.

Terima kasih kepada pemilik Stesen Minyak Petronas ini iaitu En Shaidi yang memberi ruang dan peluang kepada kami untuk menjalankan aktiviti amal kami di premis beliau sempena bulan Ramadhan yang sangat mulia ini.

Semoga kita mendapat keberkatan daripada usaha yang kita jalankan ini.

Insyallah..

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Insyallah

En. Sharul Rahman
Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak