PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 17hb Mei 2022 yang lalu, Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) iaitu En Sharul Rahman telah dijemput sebagai Juri bagi Program Agro Business and Innovation Challenge 2023 (ABIC 2023) anjuran SADC Perak dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), APEX dan SOM (Shcool of Management).
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Ramah Mesra Exco WAKEUP, Agensi, Usahawan dan NGO Usahawan Negeri Perak 2023
Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Bangunan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) yang terletak di Bandar Meru Raya Ipoh Perak serta majlis pembukaan Program ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr Mohd Anuar Arshad selaku Ketua Projek ABIC 2023 dan Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia.
ABIC 2023 merupakan sebuah platform pertandingan yang mengangkat idea dan produk pertanian, penternakan serta industri asas tani di mana pertandingan ni merupakan sinergi bersama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang bertujuan untuk mengiktiraf bakat pertanian moden, penggunaan teknologi dan rekacipta yang mempunyai fungsian luas.
Ini bagi merancakkan lagi industri pertanian di negeri Perak dan menarik minat warga negeri tersebut untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan produktif mereka.
Selain dari menyantuni usaha menaiktaraf metod tradisional ke moden, ABIC 2023 memberi peluang kepada peserta-peserta kreatif yang menggunapakai teknologi revolusi industri 4.0 (IR4.0) seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan sistem applikasi (apps) untuk memperkenalkan inovasi mereka.
ABIC 2023 telah membuka 3 kategori untuk dipertandingkan iaitu konseptual idea, inovasi dan produk siap dan paling menariknya serta istimewanya kali ini, ABIC 2023 telah menjemput penyertaan dari sekolah-sekolah menengah.
Semoga dengan berjayanya program ini akan melahirkan produk-produk usahawan yang kompiten serta berdaya maju di samping melahirkan kumpulan usahawan yang berjaya pada masa hadapan di Negeri Perak ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI