
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 28hb Mei 2025 yang lalu bertempat di Travelodge Hotel Ipoh, telah berlangsung satu sesi taklimat penuh manfaat anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Ipoh, Perak dengan tajuk “PMKS Lestari Berdaya Tahan”.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI : Perbincangan Ngo-Ngo Melayu Negeri Perak
Program ini diadakan khusus untuk para usahawan negeri Perak bagi mendalami peranan AKPK dalam membantu menyelesaikan isu hutang secara harmoni dan kolektif tanpa melibatkan tindakan undang-undang.
Ceramah telah disampaikan oleh En. Mohd Zukhairi Harun, Section Head, Product Development SME Debt Management dari AKPK Ibu Pejabat yang berkongsi secara terperinci tentang penyelesaian pengurusan kredit yang sesuai, termasuklah Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) yang amat bermanfaat buat usahawan mikro dan kecil.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin komuniti dari pelbagai NGO keusahawanan, termasuklah wakil daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).
Mewakili PUBI ialah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi, bersama Saudara Mohamad Nafis selaku Bendahari serta dua orang AJK PUBI iaitu Pn Jamaliah dan Pn Nor Azlina.
PUBI Perak sangat menghargai jemputan ini dan mengucapkan terima kasih kepada pihak AKPK kerana sudi mengundang kami menyertai program yang cukup bermanfaat ini.

Sebagai sebuah persatuan yang sentiasa menyokong pembangunan usahawan setempat, PUBI Perak komited untuk terus menjadi jambatan yang menghubungkan para usahawan dengan agensi-agensi kerajaan dan kewangan dalam usaha memperkukuhkan keupayaan kewangan PMKS di negeri ini.
Dengan adanya pendedahan seperti ini, para usahawan dapat lebih memahami pentingnya pengurusan kewangan yang baik serta mengetahui platform yang betul untuk mendapatkan bantuan tanpa tekanan.
Semoga kolaborasi seperti ini terus diperluas demi memastikan usahawan tempatan lebih bersedia, berdaya tahan dan berkembang secara mampan demi manfaat bersama untuk masa depan yang lebih cemerlang.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Sama-sama kita doakan agar PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.



KOMEN TERKINI