PERMUKAAN JALAN DI GERBANG MALAM DIKATAKAN TIDAK RATA, APA KOMEN ANDA?
Semalam telah viral satu posting di mana seorang pengguna facebook yang telah memuat naik gambar dan status ketidakpuasan hati beliau terhadap permukaan jalan di Gerbang Malam yang tidak rata serta tidak mesra pengguna jalan kaki.

Posting daripada pengguna FB yang mendapat pelbagai reaksi di dalam group Ipoh Ipoh Ajerr 2.0 malam tadi.
Untuk pengetahuan semua, sebelum ini, permukaan jalan di lokasi gerbang malam ini adalah diperbuat daripada tar dan ini sangat rata, ini memudahkan pengguna jalan kaki, kakak-kanak, pengguna kerusi roda serta ibubapa yang membawa anak menggunakan ‘Stroller’.
Pada tahun lalu, pihak Mbi (Majlis Bandara Ipoh) teah membuat pengubahsuaian pada jalan ini serta tidak menggunakan tar sebagai material sebaliknya menggunakan material berbentuk bongkah batu-bata yang menyebabkan permukaan ini tidak rata dan boleh mengundang bahaya.
Penjalan kaki juga boleh terjatuh terutamanya kanak-kanak sekiranya tersadung celahan batu-bata ini. Bagi yang membawa anak menggunakan ‘stroller’ juga pasti akan mengundang masalah besar serta ketidakselesaan kanak-kanak atau bayi yang diletakkan di dalam ‘stroller’ tersebut.
Permukaan jalan ini juga tidak mesra OKU juga kerana menjadi kesukaran untuk mereka menolak kerusi roda ini di permukaan jalan tersebut. Bagi yang menolak kerusi roda juga sudah pasti akan mengalamai kesukaran serta gangguan dan bagi OKU atau golongan orang tua pula sudah pasti tidak selasa ketika duduk di kerusi roda tersebut.
Kami dapati portal informasi No.1 di perak iaitu Perak Today juga pernah melaporkan berkaitan perkara ini pada tahun lepas namun demikian gagal mendapat perhatian MBI mahupun Kerajaan Negeri Perak yang memerintah pada waktu itu.
SEBAHAGIAN GAMBAR YANG TULAR DI FACEBOOK
KOMEN-KOMEN NETIZEN YANG KEBANYAKKANNYA MENCEMUH
PUBI Perak menyeru Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Kerajaan Negeri PErak yang baharu iaitu Yang Berhormat Encik Tan Kar Hing yang juga merupa ADUN Simpang Pulai untuk melihat sendiri masalah ini.
PUBI Perak sangat bimbang jika masalah ini berleluasa maka bilangan pengunjung ke tempat yang sangat popular di bandaraya Ipoh ini akan berkurangan serta memberi kesan kepada peniaga-peniaga di Gerbang Malam ini yang kebanyakannya adalah terdiri daripada kaum bumiputera.
Adalah menjadi tanggungjawab PUBI Perak untuk menjaga kebajikan serta membela nasib-nasib peniaga ini yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Negeri Perak ini terutamanya di sektor pelancongan.
Semoga pembaharuan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan demi menjaga keselesaan pengunjung dan di dalam masa yang sama akan memberi impak kepada ekonomi serta industri pelancongan di Negeri Perak.
Insyallah..
Baca juga artikel ' Tempat Menarik Untuk Usahawan Di Malaysia' →
KOMEN TERKINI