
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 12hb September 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. telah mengadakan pertemuan dengan Perak Indian Chamber of Commerce di Pejabat Urusan Dewan tersebut yang terletak di No. 32, Jalan Sultan Iskandar, Ipoh Perak.
Mewakili pihak KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi En Sharul Rahman dan juga Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd iaitu Saudara Mohammad Nafis, dan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak iaitu Saudara Aiman Ghazali manakala pihak Perak Indian Chamber of Commerce telah diwakili oleh Staf bernama Pn. Sarojini serta pembantu beliau.
Turut hadir ke Perjumpaan ini adalah wakil daripada Team MyAngkasa Amanah Bhd iaitu Pn Salwa Taib selaku Pengurus Kumpulan.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Persatuan India Bersatu Simee
Objektif utama pertemuan ini adalah untuk memperkenalkan entiti masing-masing serta melihat peluang untuk mengadakan kerjasama strategik pada masa hadapan.
Melalui pertemuan ini juga En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan input-input penting berkaitan aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti ekonomi yang sedang rancak di negara kita ini terutamanya di Negeri Perak.
En.Sharul juga mengambil peluang membentangkan Profil KOPUBI Perak Bhd serta memaklumkan berkaitan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh KOPUBI Perak Bhd dan pada waktu yang sama mempekenalkan produk-produk yang dipasarkan oleh koperasi.
Selain itu, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd turut berkongsi berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak KOPUBI Perak Bhd iaitu Penulisan Wasiat serta Pengurusan Harta Pusaka dengan kerjasama Syarikat MyAngkasa Amanah Bhd.

Disamping itu kedua-dua pihak turut membincangkan serta berkongsi cadangan kerjasama strategik yang sangat menarik serta menguntungkan kedua-dua belah pihak dan pihak KOPUBI Perak Bhd sangat mengalu-alukan cadangan tersebut serta menerima baik segala cadangan demi membangunkan gerakan koperasi di Negeri Perak ini.
Insyallah dengan perancangan yang teliti, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad berpeluang untuk menjalinkan kerjasama strategik NGO yang sangat berpengalaman serta pakar di dalam bidang yang diceburi di Negara kita ini di samping mencapai visi serta misi penubuhan KOPUBI iaitu menjana pendapatan yang konsisten pada masa hadapan.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBIPerakBhd #KOPUBI #KoperasiUsahawan #KumpulanPUBI #GerakanKoperasi



KOMEN TERKINI