PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 15hb November 2019 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk menghadiri ke program Pangkor Dialogue yang berlangsung serentak dengan Perak International Expo (PIEX) di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Pada program tersebut menyaksikan kehadiran penceramah jemputan yang berkongsi idea dan pandangan termasuklah Tan Sri Dato Seri Rafidah Aziz selaku mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan telah berkenan untuk berangkat merasmikan Perak International Expo (PIEX) ini dengan diiringi oleh YAB Menteri Besar Perak


Cik Mawardah Binti Ahmad Yusni sekalu Pen. Bendari PUBI Perak mewakili PUBI Perak untuk hadir ke Expo ini.

PIEX yang julung kali diadakan telah berlangsung selama empat hari mulai 15hb November 2019 sehingga 18hb November 2019, menghimpunkan empat program utama antaranya Pangkor International Dialogue, Festival Startup Perak, Pride of Perak (POP) dan Ekspo Halal Antarabangsa Perak (Perak Halal 2019).

Mewakili PUBI Perak ke program ini adalah Tuan Pengerusi Kumpulan PUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman dan juga Pen Bendahari PUBI Perak Cik Mawardah Ahmad Yusni merangkap Bendahari KOPUBI Perak Bhd.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya termasuklah peniaga-peniaga kecil yang bernaung di bawah PUBI Perak.

PUBI Perak juga menyokong penuh segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan demi memajukan sektor keusahawan di negeri Perak disamping meningkatkan pendapat penduduk dan sosio ekonomi negara.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Sharul Baha Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI