AHLI LEMBAGA KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD DALAM USAHA MENRANCAKKAN PEMBANGUNAN EKONOMI KOPERASI SERTA MENCARI PELUANG USAHASAMA STRATEGIK.

Terkini pada 4 September 2019 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat D’Aman Residence untuk bertemu dengan CEO Syarikat iaitu Mr Teng Boon Ong untuk membincangkan kerjasama strategik yang boleh dijalankan bersama pada masa hadapan.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En. Sharul Rahman dan juga SU Kehormat KOPUBI Perak Bhd iaitu Saudara Mohamad Jamean. Turut hadir adalah Ahli Lembaga koperasi En. Mohd Fhami.



Alhamdulillah, banyak perkara yang dapat dibincangkan pada pada hari tersebut dan Insyallah sebuah kerjasama strategik akan dimeterai oleh kedua entiti ini tidak lama lagi.

Semoga usaha yang dijalankan ini akan membuahkan hasil bagi meningkatkan ekonomi negara melalui pergerakkan NGO & Koperasi.


Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

Nor Zarina Zamzuri
Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd