ALHAMDULILLAH, PADA 20HB JUN 2019 YANG LALU PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK TELAH BERJAYA MEMBUKA SEBUAH TAPAK PASAR MALAM YANG BAHARU DI SEPANJANG JALAN BERHAMPIRAN TAPAK PARKIR TAIKO PROPERTIES, TAMAN PINJI MEWAH, LAHAT PERAK.
Syukur, segala yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak nampaknya telah mendatangkan hasil dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Sebanyak 74 lot tapak telah dibuka dan Alhamdulillah semuanya penuh! Peniaga-peniaga yang ingin memohon masuk juga ramai.
Video Rasmi Pembukaan Pasar Malam PUBI Perak @ Pinji Mewah
Pembukaan hari pertama ini juga sangat tidak dijangka kerana pengunjung melimpah-ruah! Ada peniaga sebelum malam jam 6.30 sudah terpaksa tutup kedai kerana laku keras!
Begitulah keadaannya hari ini. Berkat usaha Ahli Jawatankuasa semua maka segala usaha nampak berbaloi. Terima kasih kepada semua yang support PUBI Perak dan doakan kami terus sukses.
Kepada mereka yang ini menambah pendapatan maka Inilah peluang buat semua untuk mencari rezeki dengan berniaga di tapak-tapak pasar malam yang kami telah buka ini.
Borang permohonan berniaga di tapak pasar malam ini boleh didapati di Pejabat Urusan PUBI Perak SECARA PERCUMA di alamat:
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak
No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak
*Sila hubungi 05-322 3924 untuk temujanji.
NOTA: Jumaat, Sabtu & Ahad Pejabat TIDAK DIBUKA
Semoga dengan pembukaan tapak pasar malam ini akan memberi impak terhadap ekonomi setempat di Bandaraya ipoh ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
Gambar-gambar Pembukaan Pasar Malam PUBI Perak @ Pinji Mewah
KOMEN TERKINI