PASAR MALAM KETIGA YANG DIBUKA SECARA RASMI OLEH PUBI PERAK DI DALAM MASA 3 MINGGU BERTURUT-TURUT..

Alhamdulillah, setelah berjaya pada pembukaan rasmi dua Pasar Malam PUBI Perak di Lapangan Jaya dan Ampang baru-baru ini. Kini PUBI Perak akan membuka lagi sebuah Pasar Malam yang baharu iaitu di kawasan Bandar Seri Botani, Ipoh Perak.

Maklumat Pembukaan Pasar Malam tersebut adalah seperti berikut;

▶️ Nama Pasar Malam : Pasar Malam PUBI Perak @ Botani 
▶️ Lokasi : Sepanjang Jalan di Lot Perniagaan Jalan Margosa B/15
▶️ Tarikh Pembukaan : 13hb Mac 2019
▶️ Hari & Masa : Setiap Rabu, 4 – 10pm

Oleh yang demikian, PUBI Perak ingin menjemput penduduk di sekitar kawasan Lapangan Jaya ini untuk hadir beramai-ramai pada hari pertama pembukaan Pasar Malam ini nanti.

Jom kita support peniaga-peniaga pada hari tersebut!

✅ Sebanyak 50 tapak berniaga dibuka
✅ Beraneka jenis jualan seperti makanan & minuman
✅ Jualan barangan keperluan dapur kering dan basah
✅ Bermacam-macam jenis pakaian dan tudung
✅ Jualan buah-buahan dan sebagainya..

Wow! Pasti menyeronokkan.. bukan??


Tolong hebahkan dan share berita baik ini!!!

Kami juga di dalam masa yang sama membuka kepada mereka yang ingin berniaga di pasar malam ini. Permohonan masih lagi dibuka!

Atau Sila hubungi 05-322 3924 untuk pertanyaan.


Peta Tapak Pasar Malam PUBI @ Botani


PUBI Perak juga akan kini telah membuka dua buah Pasar Malam PUBI Perak dan sebuah lagi Pasar Malam di lokasi yang sangat-sangat strategik di Bandaraya Ipoh ini seperti berikut:

1) TAPAK PASAR MALAM PUBI PERAK @ RTC | Bakal dibuka tidak lama lagi! (DI ATAS PADANG SEBELAH PEJABAT FAMA PERAK)

2) TAPAK PASAR MALAM PUBI PERAK @ LAPANGAN JAYA | Telah dibuka pada 26hb Februari 2019 yang lalu! (DISEPANJANG JALAN LAPANGAN 11, LAPANGAN SENTRAL)

3) TAPAK PASAR MALAM PUBI PERAK @ AMPANG | Telah dibuka pada 07hb Mac 2019 yang lalu! (DISEPANJANG JALAN AMPANG BARU 6A, AMPANG)


Inilah peluang buat semua untuk mencari rezeki dengan berniaga di tapak-tapak pasar malam yang bakal kami buka ini!

*Sila download dan print sendiri


Atau anda semua boleh hadir ke Pejabat Urusan PUBI Perak untuk mengambil borang SECARA PERCUMA di alamat No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak mulai hari Khamis 1hb November 2018 dari jam 9pg – 5ptg.

Sila hubungi 05-322 3924 untuk temujanji & Jumaat, Sabtu & Ahad Pejabat TIDAK DIBUKA!

Semoga dengan pembukaan tapak pasar malam ini akan memberi impak terhadap ekonomi setempat di Bandaraya ipoh ini. Insyallah.


Gambar-gambar sewaktu pembukaan Pasar Malam Pubi @ Ampang