PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 14hb Julai 2024 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat bersama Pengerusi JPKK Kampung Temiang (Tebing Tinggi) dan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak bagi membincangkan pembukaan semula Pasar Malam Kampung Temiang, Tebing Tinggi, Ipoh Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Libat Urus Berkaitan Kurikulum Persekolahan 2027
Mesyuarat yang telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Temiang ini telah dipengerusikan oleh Ybrs En Aidi Rizal Bin Kamaruddin, Pengerusi JPKK Kampung Temiang (Tebing Tinggi) serta ahli jawatankuasa beliau yang turut hadir.
Mewakili PUBI Perak pada Mesyuarat ini adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak dan EN Khairul Akmal selaku Ahli Jawatankuasa Persatuan.
Alhamdulillah, pada mesyuarat ini telah bersetuju untuk kedua-dua pihak menjalinkan kerjasama bagi membuka pasar malam ini untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga setempat yang ingin mencari rezeki serta pendapatan.
Disamping itu juga penduduk di sekitar kampung ini berpeluang untuk mendapatkan pelbagai jualan seperti bahan mentah keperluan rumah, makanan, minuman, buah-buahan dan lain-lain keperluan lagi.
Semoga dengan pembukaan semula pasar malam ini akan menjadi pemacu ekonomi kepada penduduk kampung seterusnya meningkat menjadikan kampung ini sebuah pusat ekonomi yang rancak.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI