KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 27hb Disember 2024 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-04/2024 bagi sesi tahun 2024/2025 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan KOPUBI, Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku ketiga dan suku keempat bagi tahun 2024 serta membincangkan perancangan bagi aktitiviti ekonomi bagi tahun 2025 yang akan datang ini.

Turut hadir ke Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI ini adalah En. Safuan Othman selaku Timbalan Pengerusi Koperasi, En Haizul Fakarudin, Setiausaha Koperasi, En Mohamad Firdaus, Bendahari Koperasi, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha serta Barisan Ahli Lembaga serta barisan Ahli Lembaga yang lain.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Hari Memperkasa Legasi 2025

Sebelum Mesyuarat ini bermula, Ahli Lembaga telah bersama-sama makan malam di Pantry Pejabat dan saling bertukar-tukar pendapat sebelum Mesyuarat ini dimulakan.

Terima kasih yang tidak terhingga dan ucapan setinggi Tahniah kepada seluruh Ahli Lembaga yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat yang telah diadakan ini.

Untuk makluman semua juga, ini adalah mesyuarat kedua bagi Ahli Lembaga Koperasi sesi tahun 2024/54 ini dan dan yang terakhir bagi tahun 2024. Syukur ke hadrat ilahi kerana perjalanan mesyuarat telah mematuhi Undang-undang Kecil Koperasi serta aturan-aturannya.

Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa