
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 21hb Disember 2024 yang lalu telah berlangsung sebuah program anjuran KOPUBI Perak Bhd iaitu Hari Memperkasa Legasi 2025 bertempat di di Kompleks Penghulu Lahat, Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat Perak.
Seramai hampir 20 peserta yang terdiri daripada Wakil Pemasaran, Pengurusan Pemasaran dan juga Pengurus Kumpulan lantikan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah hadir bagi menjayakan program yang telah diaturkan ini.
Pelbagai input-input berguna telah disampaikan pada program ini sebagai persediaan untuk menghadapi tahun 2025 yang dijangka lebih mencabar serta memerlukan sebuah pasukan yang mampan bagi berdepan dengan cabaran sukar.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Booth Pameran Perkhidmatan MyAngkasa Amanah Bhd
Alhamdulillah, para peserta telah menerima impak tersendiri setelah tamatnya program ini dan beriltizam untuk sama-sama mengerakkan gerakan koperasi agar lebih berdaya saing pada masa hadapan.
Majlis penutup ini telah diserikan dengan kehadiran Ydh Tn Hj Mohamed Shafie Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak sebagai perasmi penutup program dengan ucapan penutup yang berinspirasi serta bermotivasi tinggi.
Turut hadir pada Majlis Penutup ini adalah En. Sharul Baha Abd Rahman, Pengerusi KOPUBI Perak bhd, En Safuan Othman, Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd. dan EN Mohamad Firdaus Mansor, Bendahari KOPUBI Perak Bhd.
Setinggi tahniah diucapkan kepada Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd di atas penganjuran program yang sangat bermakna serta berimpak tinggi ini.
Untuk makluman semua, pada bulan Jun 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.
Melalui pelantikan ini, KOPUBI Perak Bhd boleh memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.

Dengan ini KOPUBI Perak Bhd telah menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.
Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI