KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini Pada 18hb Ogos 2021 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Negeri Perak 2021 Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Perak yang julung kali diadakan secara di dalam talian menggunakan platform Zoom.
Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan ini secara di dalam talian diadakan ekoran pandemik Covid-19 yang telah melanda negara kita sehingga menyebabkan perhimpunan yang melibat ramai orang tidak dapat dijalankan.
Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Negeri Perak 2021 secara di dalam talian ini adalah Tuan Pengerusi En Sharul Baha Bin Abd Rahman.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Ulang Tahun Ke-3 J&T Express Malaysia
Seramai lebih 400 perwakilan daripada seluruh anggota koperasi yang berdaftar dengan ANGKASA Negeri Perak telah menyertai Mesyuarat Agung Negeri yang telah diadakan ini.
Untuk maklumat semua, ini adalah kali kedua Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd menyertai persidangan ini sejak menjadi Anggota kepada ANGKASA pada tahun 2018 yang lalu.
ANGKASA adalah salah sebuah koperasi yang terbesar di Negara kita dan telah mengemudi pergerakkan koperasi di Malaysia sejak kita merdeka lagi.
Semoga ANGKASA terus memimpin Koperasi-koperasi di Negara kita ini demi mengubah lanskap serta ekonomi di Negara kita serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Insyallah.
KOMEN TERKINI