ALHAMDULILLAH, MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KARNIVAL MAHABBAH TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA!

Pada 24hb April 2019 yang lalu, telah berlangsung sebuah Majlis Makan Malam Amal Karnival Mahabbah 1.0 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Majlis Makan Malam Amal Karnival Mahabbah 1.0 ini adalah anjuran Ahli Jawatankuasa Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh dengan kerjasama Surau Al-Hijrah Ashby Road.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh telah dilantik sebagai Rakan Strategik untuk Karnival ini yang telah berlangsung pada 24hb April sehingga 28hb April 2019 yang lalu.

Majlis Makan Malam Amal ini telah mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Agama Islam Perak.

Antara Penaja Utama Program ini adalah Syuen Hotel dan juga The Pearl Hotel Kuala Lumpur.

Tujuan utama Majlis Makan Malam Amal Karnival Mahabbah 1.0 ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi kegunaan Masjid Muhibbuddin Shah yang terdiri daripada pelbagai keperluan dan aktiviti masjid sepanjang tahun, antaranya:-

👉 Sumbangan kepada surau dibawah naungan Masjid
👉 Sumbangan kepada maahad tahfiz
👉 Majlis Berbuka Puasa & Sahur
👉 Penyelenggaraan Masjid
👉 Majlis llmu & Kelas Pengajian
👉 Tuisyen untuk Pelajar-Pelaiar Miskin & Doif

Syukur Majlis Makan Malam Amal ini berlangsung dengan jayanya dan sungguh meriah dengan kehadiran Penyanyi tersohor dan No.1 Negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza dan Kumpulan Nasyid Popular Hijjaz.

Memeriahkan Majlis Makan Malam ini sebagai tetamu kehormat adalah Pengerusi PUBI Perak En. Sharul Baha dan juga Timbalan Pengerusi En Nor Adzman. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Bendahari PUBI Perak Cik Ina dan Pen Bendahari Cik Mawar.

Semoga usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatan daripadaNya serta memberi manfaat kepada masyarat setempat terutamanya golongan yang sangat memerlukan.

Insyallah..



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Mohamad Jamean Zulkepli
Setiausaha Kehormat Kumpulan PUBI